Categories
NASIONAL SELANGOR

Gangguan bekalan air Peak 208 selesai

Lee Chin Cheh-taman kajang utama

ISNIN, 07 OKT : Penduduk di Peak 208, Taman Kajang Utama kini mampu menarik nafas lega apabila gangguan bekalan air di kediaman mereka tidak berpanjangan.

Adun Kajang, Lee Chin Cheh berkata gangguan yang memberi kesan kepada hampir 800 penduduk di situ adalah disebabkan dari kerja-kerja penyelenggaran pelan rawatan di loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Lee Chin Cheh

Pada Rabu lalu gangguan bekalan air berjaya diselesaikan dan penduduk boleh menikmati kemudahan air seperti biasa.

“Tiga minggu lalu, Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABBAS) memberhentikan operasi salah satu kolam takungan bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaran pelan rawatan air dapat dilaksanakan,” ujarnya ketika dihubungi TVSelangor.

Chin menambah, seminggu selepas operasi itu dijalankan, kawasan tinggi terutamanya kediaman di Taman Kajang Utama mula terkesan.

“Saya panjangkan perkara ini kepada Syabas dan mereka maklumkan loji tersebut dibawah seliaan ABASS. Walaubagaima pun Syabas akan pantau paras air loji tersebut. Sekirannya menjejaskan, mereka akan menghantar surat kepada ABBAS untuk hentikan kerja-kerja penyelenggaraan itu.

Untuk makluman, kawasan sekitar Semenyih, Kajang dan Bangi memperolehi bekalan air daripada Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang diuruskan oleh Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS).

Loji tersebut dengan kapasiti rekabentuk 545 Juta Liter Sehari (JLH) telah beroperasi pada tahap melebihi kapasiti rekabentuknya (overload) dengan pengeluaran sebanyak 683 JLH dan tidak dapat dipertingkatkan lagi pengeluarannya.

Gangguan bekalan air sering terjadi ekoran proses pemulihan semula bekalan air mengambil masa yang lama memandangkan kemampuan pengeluaran loji rawatan air tersebut sudah di tahap maksima.