Categories
AGENDA NASIONAL

Penduduk syukur PKPD tamat, jangan teruja keluar rumah

SABAK BERNAM, 13 JUN: Penduduk tiga perumahan di daerah ini bersyukur Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dia minggu tamat semalam, namun mengingatkan semua pihak kekal berwaspada.

Pesara guru Sahlani Kurdi, 63, berkata penduduk jangan terlampau teruja serta terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) kerana kes di Selangor masih tertinggi.

Sahlani Kurdi, 63

“Saya juga ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat, alhamdulillah sepanjang tempoh PKPD kami sekeluarga tidak terputus bekalan makanan.

Kebimbangan sama disuarakan A Athimoolam, 63, yang meminta orang ramai keluar rumah jika ada urusan penting.

Athimoolem Arumugam, 63

Saya bersyukur isteri dan anak tidak dijangkiti Covid-19 selepas melakukan saringan namun jangan ingat kita sudah bebas walaupun PKPD tamat kerana virus masih ada di sekeliling kita,” katanya.

Bagi Tan Wei Teck, 56, penamatan PKPD melegakannya kerana dapat membuka semula gerai menjual makanan ringan.

Tan Wei Teck, 60

“Saya akui terkesan dengan pelaksanaan PKPD meskipun hanya tempoh 14 hari kerana perlu menyara isteri dan tiga anak berusia 11, lapan dan empat tahun,” katanya kepada SelangorKini.

PKPD di tiga taman perumahan melibatkan di Sabak Bernam yang dilaksana sejak 30 Mei lalu ditamatkan jam 11.59 malam tadi.

Seramai 5,235 penduduk menjalani saringan Covid-19 dengan 164 individu disahkan positif.