Categories
SELANGOR

Sebutan semula kes hasutan Rahim 1 Mac

SHAH ALAM 5 JAN: Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan 1 Mac bagi sebutan semula kes bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang didakwa menyiarkan penerbitan menghasut terhadap Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di akaun Facebook miliknya.

BERNAMA melaporkan Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu sementara menunggu keputusan representasi kes itu difailkan pihak pembelaaan Abdul Rahim, 65, pada 17 Disember tahun lepas.

Tamby ChikAbdul Rahim didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun Facebooknya Rahim TambyChik di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada kira-kira 8 pagi, 25 Septembe lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan akaun Facebook miliknya untuk membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya berhubung dakwaan sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ini, beliau didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman.

EZY

Categories
SELANGOR

Jangan semborono tuduh seseorang keluar Islam

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 OKT: Menuduh sesorang keluar agama tanpa bukti kukuh antara perbuatan yang dipandang keras sisi Islam.

Adun Sabak, Sallehen Mukhyi berkata bahkan tuduhan seumpama itu boleh jatuh kepada diri orang yang menuduh itu sendiri.

Bekas Exco Hal Ehwal Agama itu juga berkata, isu agama adalah perkara dasar dalam kehidupan dan tidak boleh dipermainkan secara semborono.

SALLEHIN MUHYI“Jangan buat kenyataan yang boleh mencetuskan kerunsingan rakyat, lebih-lebih lagi berkaitan Raja Muda Selangor iaitu orang kedua menjaga agama di Selangor.

“Sebagai Adun dan seorang Islam, saya merasa kesal di atas kenyataan yang dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berkredibiliti,” kata kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dikecam kerana mengeluarkan dakwaan kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sudah menganuti agama Katholik di laman facebooknya.

Dewan Di-Raja Selangor tampil menafikan dakwaan itu dan menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah, hasutan serta berniat jahat terhadap institusi diraja Selangor.

NOOR HANIMSementara itu, Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail berkata tindakan sewajarnya perlu diambil pihak berkuasa mengikut lunas undang-undang berhubung kenyataan Rahim.

“Negara ada undang-undang sama ada sivil mahupun syariah, jadi segala tindakan juga perlu berasaskan perkara berkenaan.

“Seharusnya perkara berkaitan isu sensitif seperti agama tidak perlu diviralkan sehingga boleh mencetus fitnah,” katanya.

-NR-