Categories
SELANGOR

Jangan semborono tuduh seseorang keluar Islam

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 OKT: Menuduh sesorang keluar agama tanpa bukti kukuh antara perbuatan yang dipandang keras sisi Islam.

Adun Sabak, Sallehen Mukhyi berkata bahkan tuduhan seumpama itu boleh jatuh kepada diri orang yang menuduh itu sendiri.

Bekas Exco Hal Ehwal Agama itu juga berkata, isu agama adalah perkara dasar dalam kehidupan dan tidak boleh dipermainkan secara semborono.

SALLEHIN MUHYI“Jangan buat kenyataan yang boleh mencetuskan kerunsingan rakyat, lebih-lebih lagi berkaitan Raja Muda Selangor iaitu orang kedua menjaga agama di Selangor.

“Sebagai Adun dan seorang Islam, saya merasa kesal di atas kenyataan yang dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berkredibiliti,” kata kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dikecam kerana mengeluarkan dakwaan kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sudah menganuti agama Katholik di laman facebooknya.

Dewan Di-Raja Selangor tampil menafikan dakwaan itu dan menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah, hasutan serta berniat jahat terhadap institusi diraja Selangor.

NOOR HANIMSementara itu, Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail berkata tindakan sewajarnya perlu diambil pihak berkuasa mengikut lunas undang-undang berhubung kenyataan Rahim.

“Negara ada undang-undang sama ada sivil mahupun syariah, jadi segala tindakan juga perlu berasaskan perkara berkenaan.

“Seharusnya perkara berkaitan isu sensitif seperti agama tidak perlu diviralkan sehingga boleh mencetus fitnah,” katanya.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.