Categories
AGAMA SELANGOR

Ahmad Dusuki terus pegang tauliah mengajar di Selangor

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 APR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memutuskan untuk terus membenarkan pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani, memegang tauliah mengajar agama Islam, di Selangor.

Perkara itu dimaklumkan sendiri beliau menerusi paparan video secara langsung Facebook ‘Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani’ selepas menerima surat ditandatangani Setiausaha Jawatankuasa Tauliah MAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, daripada wakil JAIS, hari ini.

“Jawatankuasa Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor yang bersidang pada 10 April 2018 memutuskan bahawa tuan dibenarkan terus memegang tauliah mengajar agama Islam atau apa-apa mengenai agama Islam di dalam Negeri Selangor seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2015.

“Diingatkan untuk mengelakkan diri daripada pengataan yang boleh membawa keapda taasub dan kebencian secara langsung atau tidak langsung melibatkan sesama umat Islam seperti yang dinyatakan di Para 17(c)(d) dan Para 23 Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008,” katanya.

Katanya, penggantungan sementara tauliah terhadapnya dibuat susulan terdapat laporan daripada beberapa individu berhubung doa yang dibaca pada satu himpunan, di Seksyen 17, di sini.

Ahmad Dusuki yang mengakui kesilapannya berkata, doa yang dibaca itu adalah tafsir daripada Qunut Nazilah dan mendakwa disalah lapor agensi media.

Categories
AGAMA SELANGOR

103 terima tauliah mengajar agama Islam dari JAIS

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 OGOS: Seramai 103 tenaga pengajar agama Islam di Selangor menerima tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), hari ini.

Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAIS, Suliani Ibrahim berkata, semua peserta menerima tauliah itu adalah mereka yang lulus dalam ujian dan prosedur ditetapkan JAIS serta berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Setiap peserta perlu melalui beberapa proses ujian ditetapkan dan majlis kali pertama ini diadakan adalah antara penambahbaikan dilakukan serta sebagai penghargaan kepada mereka yang layak.

“Mereka boleh menyampaikan ceramah, mengadakan kelas agama dan pembelajaran al-Quran seperti ditetapkan JAIS selagi tidak bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya kepada SelangorKini.

TAULIAH JAIS (1)Mufli Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abd Wahid menyampaikan kad tauliah kepada semua peserta dalam Majlis Penyampaian Kad Tauliah Mengajar Selangor di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, hari ini.

Suliani berkata, Bahagian Dakwah JAIS merancang mengadakan sekurang-kurangnya satu lagi majlis penyampaian kad tauliah, pada tahun ini.

“Kita menjangkakan akan mengadakan satu atau dua lagi majlis sama, pada tahun ini. Kita akan berusaha mengadakan sekurang-kurangnya satu majlis dengan disertai lebih kurang 100 peserta,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

INPENS diiktiraf pusat latihan bertauliah

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 30 JAN: INPENS International College (INPENS) dilantik sebagai Pusat Latihan Bertauliah bagi sektor penyejuk bekuan dan penyamanan udara dalam satu perjanjian bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), pada 25 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan, INPENS diberi kepercayaan untuk melaksanakan Program Persijilan Juruteknik bertauliah Certification of Service Technician (CSTP) kepada dua golongan sasaran iaitu pelajar kemahiran dan pekerja industri.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kawalan JAS, Mohamed Fauzi Abdul Aziz berkata, lantikan itu dibuat berdasarkan komitmen dan kepakaran INPENS dalam melatih pelajar kemahiran.

INPENS JAIS (1)“Ia adalah untuk memastikan teknologi penyejuk bekuan dan penyamanan udara yang diamalkan di Malaysia mampu melindungi alam sekitar.

“Kerana penipisan ozon adalah ancaman besar kepada alam sekitar dan sangat berbahaya kepada generasi akan datang jika tidak ditangani pada masa ini,” katanya.

Pada masa sama, JAS turut menyerahkan dua set mesin Recovery & Recyling (R&R) kepada INPENS bertujuan menjayakan Projek Pelan Pengurusan Penghapusan.

Difahamkan, projek itu sebahagian daripada proses penghapusan penggunaan Hidroklorofluorokarbon (HCFC) iaitu gas yang digunakan di dalam alat penyamanan udara yang menjadi kepada fakor penipisan ozon.

-NFN-