Categories
SELANGOR

Temasya Silat Seni dan Warisan Selangor tawar hadiah lebih RM4,000

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 16 NOV : Temasya Silat Seni dan Warisan Selangor anjuran Perbadanan Adat Melayu dan
Warisan Negeri Selangor (PADAT) menawarkan hadiah lebih RM4,000.

Bertempat di Dataran Muzium Sultan Alam Shah, temasya dijadualkan berlangsung jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang, pada 18 dan 19 November ini.

Temasya akan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi merangkap Pengerusi PADAT, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Penyertaan itu terbuka kepada dua kategori dewasa dan kanak-kanak dengan yuran penyertaan adalah percuma.

Bagi kategori dewasa, juara bakal membawa pulang wang tunai RM3,000 manakala juara kategori kanak-kanak pula adalah RM1,500.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Mohd Nazri di talian 01132566935 atau layari laman sesawang www.padat.gov.my.