Categories
NASIONAL

Ramai gagal daftar undi walaupun layak

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lagi melantik penolong pendaftar pemilih dalam kalangan wakil parti politik didakwa mengganggu kelancaran pendaftaran pengundi baru.

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong berkata, perkara itu sekali gus menyebabkan ramai pengundi tidak mendaftar walaupun layak berbuat demikian.

Beliau juga hanya dimaklumkan terdapat masalah berkenaan perkara itu, namun tidak dinyatakan secara jelas apa punca sebenarnya.

“Sebelum 2014, pelantikan penolong pendaftar pemilih dalam kalangan wakil parti politik dibenarkan tetapi sekarang sebaliknya.

“Walaupun sebelum ini SPR memberikan kerjasama baik kepada parti politik, namun keputusan dibuat ini menimbulkan persoalan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

teo-kok-seong1-650x340Pertanyaan lisan dikemukakan Kok Seong kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkenaan perkara itu dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang dianggap menimbulkan tanda tanya.

Beliau berkata, antara jawapan diberi adalah jumlah pengundi baru berdaftar dari 2013 hingga 2016 ialah 798,641 sedangkan SPR menyatakan terdapat lebih kurang 4.2 juta pemilih baru yang layak masih belum berdaftar.

Katanya, ia jelas menggambarkan keputusan dilakukan tidak menghasilkan satu proses pendaftaran yang sistematik.

“Antara dicadangkan ialah mereka yang hendak mendaftar boleh pergi ke pejabat pos tetapi masalah biasa dihadapi adalah kehabisan borang pendaftaran.

“Rasanya lebih baik mereka yang layak sebagai pemilih didaftarkan secara automatik untuk menangani masalah sebegini,” katanya.

-AA-

UEC: MCA gagal desak pengiktirafan!

Meskipun diadakan sejak 1975 oleh Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina, Kerajaan Malaysia masih belum mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama atau UEC, seraya membuktikan MCA gagal menyelesaikan isu itu bagi pihak masyarakat Cina.