SABAK BERNAM, 27 MAC: Kerajaan Selangor giat menterjemah buku dan mengumpul bahan ilmiah bagi memastikan kesinambungan penerbitan bahan bacaan berkualiti.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.berkata sebanyak 49 buku berbahasa Arab, Perancis dan Inggeris diterjemah kepada bahasa Melayu sejak 2015 menjadi bahan bacaan kepada orang awam.
“Meskipun Selangor merupakan negeri termaju dan menjana pelaburan tertinggi dalam negara, kita tetap mahu pendidikan berjalan seiring dengannya,” katanya dalam majlis perasmian Perpustakaan Awam Selangor di Dataran Sabak semalam.
Amirudin berkata bukuĀ Muhammad: Riwayat hidup berdasarkan sumber terawal hasil karya Martin Ling terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) mendapat permintaan hangat.
“Setakat ini seingat saya, hampir 3,000 naskah terjual. Pasaran buku itu di Shopee juga menarik perhatian ramai,” kata beliau merujuk buku riwayat Rasulullah SAW paling popular pada peringkat antarabangsa.
Selain itu, buku tokoh Islam terkenal dunia turut diterjemah antaranya Salahuddin al-Ayubi: Raja penakluk dan Amir Abdul Kadir: Sang pendamai, wali dan pahlawan. Sebahagian buku terbitan IBDE berusia ribuan tahun.
Selain itu, Amirudin berkata PPAS juga sedangan mendapatkan buku atau bacaan berkualiti yang tiada di pasaran dari mana-mana pensyarah yang uzur atau meninggal dunia untuk ditempatkan ke perpustakaan awam di negeri ini.