Categories
NASIONAL

Siaran langsung pengumuman calon PKR Permatang Pauh di TVSelangor

SHAH ALAM 24 APR: TVSelangor membawa siaran langsung Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bermula jam 8.00 malam ini (Jumaat).

PERMATANG-PRKOrang ramai boleh mengikuti siaran itu dengan melayari laman di http://tv.selangorku.com.

TVSelangor juga membawakan siaran langsung Penamaan Calon PRK Permatang Pauh pada 25 April (Sabtu) bermula jam 7.30 pagi.

Categories
NASIONAL

Pelancaran Reformasi 2.0 secara langsung di TV Selangor malam ini

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 21 MAC: Pelancaran Jelajah #RakyatBangkit Reformasi 2.0 ekoran daripada kebangkitan rakyat yang kecewa dan marah dengan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan berlangsung malam ini.

Anwar-Karpal-Singh-300x199Pelancaran itu akan berlangsung di Stadium Kajang yang bakal dikelolakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai tuan rumah dengan tema #RakyatBangkit Reformasi 2.0 “Kembalikan Keadilan – Hentikan Kezaliman”.

Penjelasan berkenaan kecurangan sistem kehakiman dalam pengendalian rayuan kes fitnah Anwar dan kes hasutan Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh akan dibarisi dua tokoh politik berkenaan.

tvsMereka akan turut disertai Mat Sabu, Tian Chua, Anthony Loke, Dr Hatta Ramli, Chegu Bard dan Rafizi Ramli.

TV Selangor akan membawakan siaran langsung pelancaran itu, bermula jam 9 malam ini.

Orang ramai boleh mengikutinya di http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Lawatan penuh bermakna, jumpa Menteri Besar Selangor

SHAH ALAM 24 FEB : Walaupun singkat tapi penuh bermakna!

Itu ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan perasaan delegasi Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika bertemu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sesi lawatan kerja tiga hari dua malam di sini baru-baru ini.

Pada pertemuan hampir sejam di pejabat Abdul Khalid, delegasi negeri diberi peluang beramah mesra dan sempat berkongsi gerak kerja ringkas mengenai skim-skim baharu dalam usaha memartabatkan rakyat Selangor.

TVS1Delegasi diketuai Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri, Rosidi Hussain berkata, peluang bertemu dengan Menteri Besar Selangor (Abdul Khalid) digunakan sebaik mungkin.

“Tan Sri (Abdul Khalid) mesra menyambut kedatangan kami.

“Malah, turut menceritakan penerimaan rakyat Selangor terhadap perubahan-perubahan yang telah dan sedang dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Selain pegawai-pegawai Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri, turut serta adalah 10 Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Negeri Pulau Pinang.

TVS2Lawatan kerja tersebut dirancang bagi berkongsi-kongsi pengalaman dan meninjau perkembangan urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor secara keseluruhannya terutama di 15 kawasan penyelaras DUN (Dewan Undangan Negeri) negeri berkenaan.

Selain mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehan Mukhyi, delegasi turut berkesempatan mendengar taklimat daripada wakil Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Noor Hanim Ismail yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang dan Datuk Hajah Latifah Hassan (Setiausaha Kanan Exco Pendidikan).

TVSMalah, delegasi turut meluangkan masa di Pejabat Urusan TVSelangor (TVS) dan Selangor Kini Communication Corporation Sdn. Bhd. (Media Selangor) di Seksyen 13 di sini.

Turut tersenarai adalah lawatan ke lokasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di daerah Kuala Langat dekat sini.

– Dipetik : Buletin Mutiara

Categories
SELANGOR

Siaran langsung ceramah Anwar di Taman Impian Murni

SHAH ALAM 14 FEB: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidato di Ceramah Perdana di Taman Impian Murni, Kajang.

Ceramah yang akan bermula jam 9 malam ini turut menampilkan pimpinan Pakatan Rakyat peringkat nasional dan negeri.

sikamatTerdahulu, Anwar turut menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Tapak Pasar Sungai Chua bersama Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat negeri yang bermula jam 7.30 malam.

Orang ramai di daerah Kajang dan kawasan sekitarnya dialu-alukan hadir .

TV Selangorku akan membawa siaran langsung melalui tv.selangorku.com

EZY

Categories
SELANGOR

Kerajaan Pulau Pinang-Selangor berkongsi ilmu komunikasi media

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 14 FEB : Seramai 18 penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) dan kakitangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mengadakan lawatan kerja ke pejabat urusan TvSelangor dan Selangorkini, di sini hari ini.

Lawatan diketuai mantan Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain dan Pengarah Komunikasi Pejabat Ketua Menteri, Yap Lee Ying.

tvsMereka juga dijangka akan bertemu dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sesi minum petang di pejabat Menteri Besar, petang ini.

“Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau perkembangan urus tadbir Kerajaan Negeri dan Dun negeri Selangor secara keseluruhannya.

“Kami dapati perkongsian dari tempoh yang singkat ini ada perkara-perkara dan manfaat dari komunikasi serta bagaimana menyampaikan mesej-mesej yang baik melalui media rasmi Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, Lee Ying berkata lawatan itu juga bertujuan untuk memahami proses penerbitan, pengedaran dan penulisan keluaran Kerajaan Negeri Selangor itu.

“Lawatan ini pada masa sama adalah untuk mengeratkan hubungan sedia terjalin antara kedua pihak. Pulau Pinang masih dalam proses mewujudkan program tv dan dalam lawatan ini kami dapat belajar cara pengurusannya,” katanya.

Lawatan itu diteruskan dengan sesi penerangan oleh Ketua Pengarang Communication Corporation Sdn Bhd, Fazalah Pit.