Categories
NASIONAL

Reformasi 2.0 Sabak Bernam meriah dalam hujan

SHAH ALAM, 16 APRIL: Hujan renyai tidak menghalang kira-kira 2,000 penduduk sekitar Kuala Selangor dan Sabak Bernam hadir ke Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Mini Sabak Bernam, baru-baru ini.

Himpunan berkenaan jatuh pada ulang tahun ke-15 ,Black 14′ yang dinamakan sempena tanggal 14 April 1999 apabila mahkamah memutuskan hukuman penjara enam tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan rasuah.

lebat-4Memetik Keadilan Daily, peristiwa itu menjadi detik penting bagi pendokong reformasi yang juga satu tarikh keramat bagi memperingati peristiwa hitam dalam sejarah sistem kehakiman negara dan Reformasi 2.0 pula adalah kesinambungan daripada semangat perjuangan Black 14.

Kesungguhan masyarakat sekitar Sabak Bernam untuk mengikuti penjelasan sebenar berkenaan Fitnah II jelas terserlah apabila mereka tidak berganjak walaupun terpaksa duduk di padang yang basah dan bertambah meriah dengan jualan pelbagai cenderamata seperti kemeja T dan buku Reformasi 2.0.

Kehadiran Anwar mencuri perhatian apabila sempat menikmati secawan minumam panas sambil bermesra dengan penduduk sebelum bersama pemimpin lain di pentas utama, bahkan anak muda kelihatan cukup bersemangat dan tidak melepaskan peluang bersalaman serta mengambil gambar bersama ikon reformasi berkenaan.

Selain Anwar, himpunan berkenaan turut disertai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam, Dr Badrul Amin Baharom; Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Shari; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu.

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 7

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 7

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 6

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 6

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 5

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 5

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 4

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 4

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 3

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 3

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 2

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 2

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 1

Himpunan Reformasi 2.0 – Part 1

Categories
SELANGOR

(KEMAS KINI) 10,000 rakyat banjiri Stadium Kajang, Reformasi 2.0 bergema

Oleh Lizawati Madfa

(KEMAS KINI) KAJANG, 21 MAC: Stadium Kajang mencatat sejarah dengan gema laungan reformasi daripada segenap lapisan rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat pada program pelancaran Reformasi 2.0.

Kira-kira 10,000 hadir bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan ekoran bantahan terhadap keputusan mahkamah yang memenjarakan tokoh reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

971657_415613098582531_80743056_n

Kehadiran mereka juga didorong akibat bantahan terhadap keputusan mahkamah yang melucutkan Karpal Singah sebagai Ahli Parlimen, selain menunjukkan sokongan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang .

Mulanya, bilangan yang hadir sekitar 5,000 orang tetapi jumlahnya terus meningkat menyedari Anwar bakal berucap pada akhir program itu.

MG_5535

Antara pimpinan utama Pakatan yang lantang berucap ialah Datuk Husam Musa, Mohamed Azmin Ali, Rafizi Ramli, Datuk Saifuddin Nasution, Tian Chua dan ramai lagi.

Turut kelihatan di sisi pentas utama adalah Nurul Izzah Anwar,  Khalid Samad, malah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyatakan sokongan tidak berbelah bagi.

BjRL89ACYAAQBj4

Sekalipun hanya diberi masa kira-kira tiga minit setiap seorang untuk menyuarakan bantahan, pentas tidak putus-putus dengan pidato bernas dan sarat semangat.

Rakyat – Melayu, Cina, India dari semua lapisan usia, tidak putus-putus meneriak slogan reformasi dan takbir, menyedari kezaliman regim Umno BN yang dilakukan terhadap Anwar.

Laungan Reformasi semakin menjadi-jadi apabila Dr Wan Azizah yang juga calon PRK Kajang, memberi ucapan yang menyentuh perasaan.

BjQtrc5CQAAsmdda

Kemuncak program ialah protes terhadap institusi kehakiman apabila lampu stadium dipadam seketika tetapi suasana tetap cerah dengan cahaya telefon bimbit rakyat.

Ia simbolik terhadap zaman gelap institusi kehakiman di negara ini tetapi ia tetap ‘cerah’ melalui kebangkitan rakyat segenap lapisan.

Selain mereka, ribuan lagi rakyat yang tidak dapat hadir ke pelancaran itu mengikuti siaran langsung yang dibawa melalui http://tv.selangorku.com

-NFN FZL-

 

 

Categories
NASIONAL

Pelancaran Reformasi 2.0 secara langsung di TV Selangor malam ini

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 21 MAC: Pelancaran Jelajah #RakyatBangkit Reformasi 2.0 ekoran daripada kebangkitan rakyat yang kecewa dan marah dengan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan berlangsung malam ini.

Anwar-Karpal-Singh-300x199Pelancaran itu akan berlangsung di Stadium Kajang yang bakal dikelolakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai tuan rumah dengan tema #RakyatBangkit Reformasi 2.0 “Kembalikan Keadilan – Hentikan Kezaliman”.

Penjelasan berkenaan kecurangan sistem kehakiman dalam pengendalian rayuan kes fitnah Anwar dan kes hasutan Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh akan dibarisi dua tokoh politik berkenaan.

tvsMereka akan turut disertai Mat Sabu, Tian Chua, Anthony Loke, Dr Hatta Ramli, Chegu Bard dan Rafizi Ramli.

TV Selangor akan membawakan siaran langsung pelancaran itu, bermula jam 9 malam ini.

Orang ramai boleh mengikutinya di http://tv.selangorku.com