Categories
SELANGOR

MB ucap takziah kepada keluarga Abu Bakar Chik

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 23 JUN: Kerajaan Selangor hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Abu Bakar Chik yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, awal pagi tadi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Twitternya turut mendoakan semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

“Takziah kepada rakan PAS dan keluarga Allahyarham Ustaz Abu Bakar Chik yang kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan solihin. Al-fatihah,” tulisnya di Twitter.

abu bakar chikAbu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Bukit Besi, jam 4.30 pagi tadi.

Beliau adalah bekas calon naib presiden pada Muktamar PAS 2013 dan pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS.

Abu Bakar dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas menziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kereta yang dinaikinya melanggar sebuah van jenis Vannete yang dinaiki enam penumpang yang dipercayai berhenti di tepi jalan di LPT berhampiran Bukit Besi menuju Ajil.

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan Abu Bakar meninggalkan seorang balu, Zaitun Salleh serta lapan orang anak.

Jenazah Abu Bakar akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah Darul Iman Tok Jiring, Kuala Terengganu untuk disembahyang dan dikebumikan selepas solat Asar hari ini.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Pengerusi SPR Bohong – Buletin 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 01042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya semakin diragui selepas pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mendakwa tidak pernah terima permohonan semakan keatas 4,600 pengundi ragu dari Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Ini perkembangan yang amat membimbangkan, kerana SPR sendiri mengesahkan bahawa pihak mereka telah menerima dan sedang meneliti permohonan tersebut.

2. Sementara itu, bagi menyebarkan isu-isu yang membelit rakyat dengan lebih berkesan, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) malam tadi melancarkan Treler Jelajah Demi Rakyat di Dataran Taman Mas Puchong, Selangor sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

3. Bagi memastikan keselamatan pasukan keselamatan yang bertugas mempertahankan negara ekoran pencerobohan di Lahad Datu, Pakatan Rakyat mengadakan majlis munajat dan solat hajat malam tadi di Shah Alam.

Majlis tersebut di imamkan oleh bekas tahanan ISA, Ustaz Abu Bakar Chik