Categories
SELANGOR

Exco: Samakan wanita dengan harta benda tindakan tak bertamadun

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 23 DIS: Tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyamakan kedudukan wanita dengan harta benda adalah perbuatan tidak bertamadun.

Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata mensetarakan wanita atau menyamakan kedudukan serta status wanita dengan harta benda adalah suatu fahaman yang kekontangan nilai budaya dan agama.

rodziah pc green 20 jul 01“Bila menteri mensetarakan hartabenda dengan wanita…dan tidak rasa bersalah mengatakannya maka itulah tanda jurang kefahaman paling melebar antara yang apa perlu diketahui oleh seorang menteri dengan apa yang sebenarnya diketahui oleh menteri itu.

“Sudah puas diperingatkan, tapi masih belum dimengertikan tentang kepekaan terhadap hormat wanita,” kata Rodziah dalam kenyataan medianya.

Rodziah berkata, semua tamadun yang yang dipandang tinggi oleh umat manusia sejagat adalah yang meletakkan maruah dan status wanita itu sama tarafnya sebagai manusia.

“Bagaimanakah boleh seorang menteri mengeluarkan kenyataan yang sedemikian dengan sewenang-wenangnya seolah-olah tiada berfikiran langsung?

“Amatlah menggerunkan bahawa seorang menteri tiada endah terhadap kesan pengucapannya yang amat meleset dan merendahkan martabat semua wanita di dunia ini,” kata Rodziah.

Beliau juga mempersoalkan peranan Menteri yang menjaga hal ehwal wanita ketika ini yang membisu sahaja melihat gelagat menteri yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Apakah langkah bagi memastikan semua para menteri peka tentang hormat wanita dalam konteks menyeluruh supayaepisod merendahkan wanita yang berulang kali sedemikian tidak akan berlaku lagi.

“Keterlanjuran berulangkali sedemikian, yang menghina kemuliaan wanita dalam setiap sudut keinsanan, wajar diberhentikan dengan tindakan di bawah undang-undang,” kata beliau.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Bengkel Penilaian Interaktif PWD Selangor

Bengkel Penilaian Interaktif Pusat Wanita Berdaya Negeri Selangor telah diadakan pada 8 hingga 9 November 2013 di Hotel Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam.

Ia telah disertai oleh 40 orang penyelia PWB dan telah menjalani proses penialian program, sumber manusia dan keupayaan pengurusan PWB masing-masing.

Bengkel itu telah dirasmikan dan dirumuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail.

Ia bertujuan untuk merangka pelan tindakan PWB 2013-2018 agar ia lebih dinamik dan memenuhi keperluan wanita setempat dengan dilandasi prinsip-prinsip tata-kelola baik, musyawarah, kefahaman gender yang baik, dan disertai asas bahawa hampir seluruh rakyat Malaysia hidup beragama.

Di antara perkara lain yang telah diutarakan ialah pengurusan stres dan menilai tahap stres para penyelia PWB dan perkongsian untuk mengatasinya.

Dapatan di bengkel tersebut, laporan-laporan serta dapatan berterusan dari PWB sejak ia dijenamakan semula (dahulu digelar Pusat Komuniti Wanita) pada November 2011 akan digunakan bagi merangka perancangan dan pelan tindakan PWB Negeri Selangor.

“Tugasan sebagai penyelia PWB adalah sesuatu yang fokus dan wajar diberi tumpuan. Para penyelia bukan sahaja melaksanakan usaha advokasi, menganjur berbagai program dan kelas kemahiran.

“Tetapi juga melayani penduduk wanita setempat yang memerlukan tempat rujukan yang boleh membantu atau menunjukkan jalan-jalan ke arah penyelesaian permasalahan yang mereka hadapi.

Kadangkala wanita perlu kepada perkhdimatan seperti guaman dan kaunseling.”

“Wanita berdaya lagi memberdayakan wanita lain…itu adalah misi pemberdayaan wanita Selangor,”

– Rodziah Ismail