Categories
GLOBAL

Hope Hicks Pengarah Komunikasi baharu Rumah Putih

WASHINGTON 13 SEPT: Pembantu Donald Trump, Hope Hicks, dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Rumah Putih, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Anthony Scaramucc

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Hicks, 28 yang memangku jawatan berkenaan sejak pengunduran Scaramucci mengesahkan pelantikannya menerusi e-mel, hari ini.

Bekas model dan pegawai perhubungan awam itu cukup dikenali kerana keakrabannya dengan keluarga Trump.

hope-hicksBeliau sebelum ini menjadi penasihat kepada Ivanka Trump dan jurucakap kempen pilihan raya Trump, kerjaya pertamanya dalam politik.

Walaupun kurang muncul di khalayak ramai berbanding Setiausaha Media, Sarah Huckabee Sanders, Pengarah Komunikasi Rumah Putih bertanggungjawab membentuk mesej pentadbiran.

=EZY=

Categories
GLOBAL

Trump langgar tradisi enggan hadir Majlis Makan Malam Wartawan

WASHINGTON 26 FEB: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melanggar tradisi sebagai presiden apabila mengesahkan tidak akan hadir menyertai Majlis Makan Malam Wartawan Rumah Putih.

Ia adalah majlis sering dihadiri presiden dalam majlis ringkas anjuran wartawan turut dihadiri selebriti.

“Saya tidak akan hadir Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan Rumah Putih tahun ini.

“Tolong sampaikan ucapan salam buat semua dan semoga majlis malam itu hebat!” kata Trump dalam tweet menerusi akaun rasminya, semalam.

Tweet Presiden AS itu dibuat sehari selepas beliau mengutuk media dengan menggelarnya `musuh rakyat’.

Sebelum ini Rumah Putih menghalang beberapa agensi media termasuk CNN, New York Times, Politico dan Los Angeles Times daripada menghadiri taklimat media tanpa kamera yang dikendalikan jurucakap Sean Spicer.

Agensi Berita Antarabangsa Washington Post melaporkan ia sekali gus mencetuskan satu lagi kontroversi membabitkan hubungan pentadbiran Trump dengan media.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Petisyen kepada White House capai sasaran

SHAH ALAM, 11 MAC: Petisyen pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada White House berjaya mencatat 109,683 tandatangan, pada jam 1 tengahari tadi.

Kejayaan awal itu diperoleh sebelum tarikh tamat petisyen yang berakhir esok dan ia memerlukan 100,000 tandatangan untuk mewajarkan tindak balas daripada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

anwarNamun, petisyen yang diusahakan bekas Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott itu dikeluarkan dari laman web White House semalam kerana ‘melanggar terma peserta’.

Ia digantung selama 14 jam ketika memerlukan kira-kira 4,000 lagi tandatangan untuk mencapai sasarannya.

Petisyen itu mula dilancarkan sejak Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan dengan tuduhan kes Fitnah 2, pada 10 Februari lalu.