Categories
SELANGOR

Jumlah hotspot Wifi Selangorku tepati KPI

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 MAC: Pemasangan hotspot Wifi Selangorku berjaya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan Kerajaan Negeri, kata Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, sebanyak 2,981 hotspot dipasang di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN), sehingga penghujung 2015.

“Jumlah itu menepati KPI ditetapkan dan ia siap dipasang sepenuhnya, pada penghujung 2015.

“Walaubagaimanapun, capaian ke kawasan luar bandar masih boleh diperbaiki,” katanya ketika menjawab soalan lisan dikemukan Ahli Dewan Negeri Balakong, Ng Tien Chee.

Mengikut pecahan DUN, Kota Anggerik menerima jumlah hotspot terbesar sebanyak 491, diikuti Subang Jaya (287) dan Kajang (265).

nik-nazmi-dunNik Nazmi berkata, penilaian kawasan dibuat berdasarkan permintaan dan infrastruktur internet sedia ada di kawasan setempat.

“Jika terdapat masalah capaian internet, ia akan menghadkan jumlah hotspot yang boleh dipasang di sesuatu kawasan,” katanya.

Mengulas berkenaan capaian internet yang sering terputus ketika digunakan, beliau berkata, setiap penggunakan diberikan ‘bandwith’ dan akses selama 30 minit.

Katanya, langkah itu dibuat bagi membolehkan lebih ramai pengguna menikmatinya.

-AA-

Penduduk Pangsapuri Damai kini boleh akses Wifi Selangorku

1,735 lokasi hotspot Wifi Selangorku siap dipasang sehingga 15 Disember lalu. Rakyat di Dun Seri Setia kini boleh menerima akses wifi percuma di Pangsapuri Damai, PJ Selatan 8/9.

Categories
SELANGOR

Wifi Selangorku kurangkan kos perbelanjaan internet

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 18 DIS: Perkhidmatan Wifi Selangorku memberi manfaat kepada orang ramai selain mengurangkan kos perbelanjaan perkhidmatan internet.

Ia juga sebagai salah satu inisiatif untuk rakyat mendapatkan informasi serta sumber ilmu dalam melahirkan masyarakat berpendidikan selari dengan perkembangan teknologi tinggi.

IMG_2686Peniaga, Rohaya Sakari, 31, berkata dengan kemudahan internet percuma itu akan dapat mendedahkan masyarakat kepada persekitaran luar walaupun di tempat yang jauh.

“Wifi percuma ini akan membantu ramai masyarakat yang berpendapatan rendah khususnya pelajar.

“Ia juga dapat mendedahkan masyarakat yang berpendapatan rendah kepada dunia perniagaan secara atas talian dan meningkatkan pendapatan mereka,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Sementara itu, jurutera, Mohd Nor Ansori, 43, berkata dengan wifi percuma beliau berpeluang mendapat informasi terkini dengan lebih cepat dan ‘up to date’.

“Adakala, kita tiada masa nak beli surat khabar atau tengok berita disebabkan masa kerja yang terhad dan komitmed bersama keluarga.

“Adanya wifi percuma di beberapa kawasan di Selangor, maka lebih mudah untuk kita mendapat berita semasa bukan sahaja di Malaysia, malahan di luar negara,” katanya.

IMG_2699Pelajar, Azli Aznan, 15, berkata, beliau tidak perlu mengeluarkan kos perbelanjaan untuk membeli data internet selepas wujudnya wifi percuma yang lancarkan, baru-baru ini.

“Sebagai pelajar, kita tidak ada pendapatan untuk bayar kos internet setiap bulan. Wifi percuma ini sangat meringankan beban kami, di samping kelajuannya juga pantas dan mudah di akses.

“Selain itu, ia beri saya peluang berhubung dengan rakan dan saudara yang tinggal berjauhan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Wifi Selangorku di 2,200 kawasan lagi akhir Disember

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA: Sebanyak 1,735 lokasi hotspot siap dipasang Wifi Selangorku membabitkan seluruh Selangor, sehingga 15 Disember lalu.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata baki 2,200 kawasan hotspot bakal siap dipasang selewatnya akhir bulan ini.

Katanya, ia bagi melestarikan masyarakat berinfomasi, maka perkhidmatan Wifi Selangorku memberi kemudahan akses kepada pengguna dengan perkembangan isu semasa.

IMG_2661“Lokasi hotspot yang dipilih adalah kawasan tumpuan awam berdasarkan sasaran kita kepada empat golongan iaitu belia dan pelajar, berpendapatan rendah, mereka yang tinggal di luar bandar dan lokasi tumpuan pelancong .

“Semua wifi hotspot yang dipasang menggunakan teknologi Fiber Optic dengan kelajuan minima 30 mbps iaitu ‘High Speed Broadband’,” katanya ketika pelancaran Wifi Selangorku di Pangsapuri Damai, PJ Selaran 8/9, di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain dengan tiga hotspot siap dipasang di tiga blok Pangsapuri Damai.

“Kita berharap dengan adanya perkhidmatan wifi percuma ini memberi manfaat kepada rakyat melayari dan mengakses informasi yang lebih tepat berkenaan Kerajaan Selangor.

“Selain itu, kita juga berharap perkhidmatan ini dapat membuat lonjakan ke arah ‘Digital Government’ seterusnya menjadikan Selangor ‘Smart State’ menjelang 2020,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Rajiv: Kini tiga, bakal empat dalam masa terdekat

Oleh: SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 23 OKT: Penduduk di Dun Bukit Gasing kini boleh menikmati perkhidmatan internet percuma WiFi Selangorku sepenuhnya apabila tiga kawasan tumpuan ramai sudah dilengkapi alat pemancar.

Adunnya, R.Rajiv, berkata kemudahan sama akan diperluas dari masa ke masa bagi memastikan lebih ramai penduduk menikmati perkhidmatan itu.

RAJIV“Setakat ini, WiFi Selangorku berpusat di Medan Selera Seksyen 8, Seksyen 14 dan Seksyen 17.

“Kita juga dalam perancangan menambah WiFi Selangorku di Seksyen 25 berdekatan mahkamah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),” katanya.

Rajiv berkata, pemusatan WiFi Selangorku itu mengambil kira keperluan memastikan masyarakat kawasan kos rendah merapatkan jurang digital dan bersama mengkuti perkembangan teknologi.

“Kawasan itu diduduki majoriti rakyat berpendapatan rendah dan tidak mampu masang modem internet kerana kos yang agak tinggi.

“Selepas ini, mereka tidak lagi perlu ke kedai kopi mahal atau ke kedai makanan segera untuk mengakses internet,” katanya.

September lalu, Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali secara rasminya melancarkan WiFi Selangorku bagi membolehkan rakyat menikmati internet percuma lebih meluas dengan 2,500 hotspot di beberapa lokasi seluruh negeri.

-nR-