Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Lebar pembangunan modal insan warga emas

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 SEPT: Kerajaan Negeri komited memantapkan pembangunan modal insan dengan membuka ruang lebih besar kepada warga emas menceburi bidang perniagaan, bermula tahun depan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia bertujuan membangunkan karakter dan sahsiah peserta supaya mengenal potensi diri sekali gus dapat menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negeri.

“Selangor berdepan risiko kekurangan tenaga kerja muda dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang ekoran kadar purata kelahiran rendah iaitu 1.7 peratus berbanding 1.9 peratus peringkat nasional.

“Jika ia berterusan, golongan aktif bekerja akan lebih kecil berbanding golongan bersara.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri perlu menyusun semula program di pelbagai peringkat usia bagi menyiapkan diri khususnya golongan warga emas yang boleh memanfaatkan kemahiran dan pengalaman mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Siri ke tiga, Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2019: Pendidikan dan Modal Insan di Hotel Grand Bluewave, di sini.

Amirudin berkata, bermula tahun ini, Kerajaan Negeri memulakan pelaksanaan skim latihan semula pekerja menerusi Program Latihan Kemahiran Pesara Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Selangor.

Katanya, sejumlah RM1 juta diperuntukkan bagi memberi kemahiran kepada golongan berkenaan dan sebanyak 38 program disediakan.

“Untuk program ini, kita sudah membantu sebanyak 1,000 pesara daripada 12,000 pesara ATM di negeri ini.

“Usaha ini akan terus diperkembangkan dengan kompetensi di alam persaraan melalui perancangan yang teliti di dalam pengurusan kewangan, peluang keusahawanan dan pemantapan kerohanian yang membawa kepada kualiti kehidupan dan kesihatan yang baik,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Pusat Komuniti Warga Emas wajar ditubuhkan yang mampu berfungsi seperti Pusat Komuniti Belia.

Katanya, Kerajaan Negeri juga akan terus merangka program bagi menangani gejala sosial bersama pihak berkaitan

Tuisyen Percuma : 5,600 pelajar dibantu

Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan tidak mampu ke pusat tuisyen berbayar.

Tabung Biasiswa Selangor : 108 terima manfaat

108 pelajar UNISEL dan KUIS terima manfaat Tabung Biasiswa Selangorku dengan peruntukan RM4.89 juta pada 2015.

Tukar status pinjaman kepada biasiswa jika CGPA 3.75

Pelajar IPTA/IPTS yang memperoleh keputusan peperiksaan dengan CGPA 3.75 berpeluang menukar status Pinjaman Selangor kepada biasiswa.

Penduduk Pangsapuri Damai kini boleh akses Wifi Selangorku

1,735 lokasi hotspot Wifi Selangorku siap dipasang sehingga 15 Disember lalu. Rakyat di Dun Seri Setia kini boleh menerima akses wifi percuma di Pangsapuri Damai, PJ Selatan 8/9.

Forum Rafizi dan Noh Omar simbol keterbukaan bebas bersuara


Forum mempertemukan Rafizi Ramli dan Noh Omar anjuran UNISEL simbol keterbukaan dan kebebasan bersuara.