JURNAL BERITA : MBSA hantar pasukan khas bantu mangsa banjir

1- DYMM Sultan Selangor: Rakyat harus kekalkan kemajuan negeri

2- 103 individu terima darjah dan bintang kebesaran Selangor

3- Ancaman banjir, PBT Selangor bersiap sedia

4- Rodziah : Setiap kanak-kanak adalah anak kita

5- Penduduk batal demo, puas hati isu penutupan Jalan PJS 1/52

6- ‘Workfare Information System’ bantu mangsa banjir

7- Hospital Serdang perlu pemeriksaan menyeluruh

8- Urus sisa buangan, MBPJ sedia tong sampah berpenutup

9- Pemuda DAP Selangor hantar bantuan kepada mangsa banjir

10- Dr Mariah dilantik Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor 3

11- MBSA hantar pasukan khas bantu mangsa banjir

12- Solat hajat mohon penstrukturan industri air dimuktamad

13- Kejohanan Badminton cungkil bakat baru kembali kegemilangan

Categories
SELANGOR

‘Workfare Information System’ bantu mangsa banjir

Oleh : Naeem Raffi

SHAH ALAM 12 DIS : Selangor akan memanfaatkan pembangunan sistem ‘Workfare Information System’ bagi memudahkan usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata sistem itu juga membantu kerajaan negeri dan agensi terbabit untuk mengenalpasti mangsa banjir dengan lebih terperinci sebelum bantuan diturunkan.

rodziah pc green 20 jul 01“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, proses mengumpul maklumat berkenaan mangsa banjir mengambil masa lebih sehari. Dengan adanya sistem ini, agensi terbabit boleh mengemas kini maklumat dalam satu pangkalan data dan butiran lengkap boleh diperoleh dalam kadar lebih cepat.

“Dengan maklumat yang terkumpul itu, ia membantu mempercepatkan misi bantuan serta memastikan tidak ada mangsa banjir yang tercicir atau berlakunya pertindihan bantuan seperti yang berlaku di beberapa tempat sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

Penggal lalu, kerajaan negeri sudah membangunkan sistem ‘Workfare Information System’ selaras dengan dasar ‘daripada kebajikan kepada berdikari’ (Wellfare to workfare).

Sistem yang dilaksanakan secara ‘web-based’ itu memberi bantuan kepada rakyat Selangor dan boleh diakses oleh agensi, jabatan atau Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diberi kebenaran untuk mengakses maklumat kerajaan negeri seperti sistem Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Rodziah berkata, kerajaan negeri sudah bersemuka dengan pelbagai agensi dalam usaha memastikan semua pihak bersiap sedia dengan peranan masing-masing jika bencana banjir melanda Selangor.

“November lalu, kita sudah memanggil pengarah daripada semua jabatan terbabit termasuk Yang DiPertua dan Datuk Bandar bagi membincangkan persiapan menghadapi banjir.

“Kita akan memberi tumpuan khusus untuk mencegah banjir kerana dijangkakan antara bulan ini hingga Februari akan datang, Selangor akan menghadapai taburan hujan luar biasa dan keberangkalian berlaku banjir itu tinggi,” katanya.

-NFN-