Categories
AGENDA NASIONAL

PAKATAN desak isu batal ordinan darurat dijawab segera

SHAH ALAM, 27 JULAI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) perlu menjawab pembatalan Ordinan Darurat dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini bukan Isnin depan.

Gobind Singh Deo (PH-Puchong) yang membawa usul berkenaan ketika bermula hari kedua persidangan menjelaskan Datuk Seri Takiyuddin Hassan harus menjelaskan segera kenyataan semalam bahawa ordinan itu ditarik balik kerajaan 21 Julai lalu.

Menurutnya pelbagai persoalan timbul susulan kenyataan Takiyuddin sama ada ia sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan dibentangkan di Dewan Rakyat seperti terkandung dalam Perlembagaan.

“Sekiranya sudah dibatalkan mengapa kita tidak dimaklumkan, rakyat tidak tahu. Kenapa kita tidak dimaklumkan, mengapa tidak diletakkan di meja setiap ahli parlimen supaya kita dapat tahu secara spesifik bila dibatalkan siapa buat keputusan.

“Adakah ikut peraturan dan kesan dia terhadap ordinan khususnya kepada rakyat umum,” katanya.

Desakan sama turut disuarakan beberapa wakil rakyat PAKATAN antaranya Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) dan Hanipa Maidin (PH-Sepang) yang meminta penjelasan diberi hari ini kerana mempunyai kesan kepada orang ramai.

Takiyuddin ketika diminta menjawab desakan itu oleh Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan beliau hanya akan menjawab semua perkara berkaitan Ordinan Darurat termasuk pembatalannya, Isnin ini.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat (Datuk Azhar Azizan Harun) sudah membuat satu petua semalam, yang mana semua persoalan dan isu dibangkitkan ahli parlimen berhubung perkara itu dijawab pada hari berkenaan (Isnin),” katanya.

Semalam Takiyuddin berkata kabinet memutuskan untuk membatalkan ordinan-ordinan yang dibuat semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa selain tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pelanjutan darurat, yang dijadual tamat pada 1 Ogos ini.

Categories
NASIONAL

Parlimen: YDP Agong zahir ucapan takziah tragedi 2014

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menzahirkan kesedihan di atas ujian dan kejadian tidak terduga yang melanda negara pada tahun 2014.

mhAntara kejadian yang menyentak emosi negara adalah misteri kehilangan pesawat MH370, kemalangan MH17 dan bencana banjir besar yang melanda beberapa negeri.

Dalam titahnya, baginda meminta semua Kerajaan Negeri bersama membantu proses pemulihan dan pembinaan semula rumah kekal mangsa banjir.

Berita lanjut bakal menyusul…

-NFN-

Makcik 61 Tahun Naik Motorsikal Dari Larut Ke Himpunan Oren

KUALA LUMPUR, 15 JULAI : Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.

Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.

“Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi,” ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.

Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:

“Makcik dah biasa dah.?

Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.

Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.

Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.

Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.

?Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar.?