Categories
SELANGOR

Cuepacs Ancam ‘Pulau’ Panel Khas SBPA

GEORGETOWN 27 JAN : Tidak puas hati dengan jumlah ‘panel khas’ dalam menyemak semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengancam akan menarik diri daripada menganggotai pasukan petugas itu.

Memetik laporan Bernama, Presidennya, Datuk Omar Osman mahukan tiga lagi wakil yangdapat menemaninya dalam mesyuarat itu.

“Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya.

“Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain,” katanya sambil menambah Cuepacs akan memberi penerangan kepada penjawat awam dalam siri jelajah April nanti.

Pada masa sekarang beliau menasihatkan semua penjawat awam supaya bersabar sehingga semuanya selesai.

SBPA yang sepatutnya dilaksana bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakanpersatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.

Pasukan petugas khas itu yang ditubuhkan pertengahan bulan ini diberi masa tiga bulan untuk melakukan semakan dan mengemukakan cadangan baru kepadakerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.