Categories
NASIONAL SELANGOR

MB Panggil SPR Untuk Terangkan Pertukaran Kawasan Mengundi

SHAH ALAM 20 MAC : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memanggil pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi menerangkan bagaimana kawasan mengundi beliau ditukar tanpa pengetahuannya.

Ini bagi mencari penyelesaian kepada masalah yang akan bakal menimpa beribu pengundi yang kawasan pengundian mereka ditukarkan oleh SPR.

Akibatnya, pengundi yang kawasannya ditukar tanpa pengetahuan akan mengalami kesulitan melaksanakan hak mereka pada hari pilihanraya.

?Saya sudah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri memanggil pengarah SPR untuk hadir ke mesyuarat exco bagi menerangkan bagaimana ini boleh terjadi.

?Saya tetap akan membawa perkara ini kepada SPR,? Abdul Khalid berkata apabila ditemui di luar Dewan Negeri Selangor.

Laporan media sebelum ini mendedahkan bagaimana, kawasan mengundi Abdul Khalid ditukarkan daripada Petaling Jaya Selatan, Selangor ke Lembah Pantai, Kuala Lumpur, tanpa pengetahuannya.

Pertukaran itu menimbulkan persoalan adakah beliau layak bertanding kerusi di dalam Dewan Negeri Selangor dalam pilihanraya.

?Berkenaan dengan status saya untuk menjadi calon di Selangor tidak ada masalah.

?Kad pengenalan saya masih merekodkan alamat saya di Pasir Tuntong, Kuala Selangor. Jadi tidak ada masalah saya nak bertanding di Selangor.?

Leave a Reply

Your email address will not be published.