Categories
NASIONAL

SAMM Buka Talian Kepada Mangsa Keganasan BERSIH 3.0

SHAH ALAM 3 MEI : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuka talian SMS dan email khusus untuk membantu semua mangsa kezaliman dan keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0 lepas.

Wakil SAMM, Edyes Reduan berkata sebagai sebuah badan yang terlibat secara langsung, pihaknya berasa bertanggungjawab untuk memastikan kesemua mangsa terbela.

“Kita menyedari pelbagai kesulitan dan kesengsaraan dilalui oleh semua peserta himpunan di atas ketelanjuran pihak berkuasa yang bukan sahaja gagal memastikan keamanan, tetapi telah merusuh di atas khabar angin yang sengaja diatur.

“Akhirnya ramai peserta yang mendapat kecederaan akibat dirempuh dan dibelasah oleh pihak polis yang ‘hilang pedoman’. Ramai juga peserta yang ditangkap dan dibawa ke Pulapol,” selar Edyes dalam satu kenyataan SAMM.

SAMM juga mengutuk keras tindakan pihak berkuasa yang merampas barangan pihak media serta melakukan rusuhan hingga menyebabkan peserta Bersih kehilangan harta benda.

“Justeru itu, SAMM membuka talian SMS dan juga menyediakan email untuk semua mangsa kezaliman, keganasan mahupun tangkapan pihak polis bagi menyatakan pengalaman masing-masing terutamanya mereka yang dipukul.

“Talian juga dibuka kepada peserta yang mempunyai apa jua permasalahan dan kesulitan yang tidak berjaya diselesaikan seperti urusan dengan pihak polis dan keperluan khidmat guaman,” jelas Edyes.

Kesemua mangsa yang ingin khidmat bantuan SAMM boleh menghantar SMS ke talian 018-9235083 atau menghantar email keĀ  [email protected] berserta maklumat untuk dihubungi bagi tindakan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.