Categories
NASIONAL

Isu LRT Ampang: Kerajaan Negeri Ada Kuasa Untuk Syarikat Bermasalah

SHAH ALAM 12 JULAI : Kerajaan Negeri akan menghantar surat kepada syarikat prasarana dalam kes kontrak berhubung kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan Unit Perancangan Negeri (UPEN).

Katanya, Kerajaan Negeri juga akan mengadakan perbincangan secara profesional dengan pihak berkaitan sekiranya perlu.

“Ini kerana jika kita dapati kontraktor yang melakukannya tidak dapat jalankan tugasnya dengan baik dari segi keselamatan, kita ada kuasa untuk menahannya.

“Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan di sini kerana kita mesti mengikut tatacara yang mana kita akan bincangkan dan akan terangkannya supaya kita dapat tentukannya demi keselamatan dan kepentingan rakyat,” katanya yang menjawab pertanyaan Azmin Ali (Bukit Antarabangsa-PKR).

Sebelum ini, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhasrat menganugerahkannya projek tersebut kepada Konsortium George Kent, seperti dilapor Business Times 22 Jun lalu.

Ini dilakukan walaupun syarikat terbabit tidak memenuhi syarat tender dari segi teknikal dan kemampuan kewangan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), agensi yang mengurus projek LRT itu, mencadangkan agar projek itu diberikan kepada PDA Consortium.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.