Categories
NASIONAL SELANGOR

MB Akan Berjumpa Najib Untuk Dapat Peruntukan Tambatan Banjir

SHAH ALAM 12 JULAI : Kerajaan Pusat didakwa tidak berlaku adil dalam pemberian peruntukkan projek tebatan banjir apabila hanya meluluskan sebanyak RM1.5 juta sedangkan projek itu melebihi RM3 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jumlah itu hanya dapat menyelesaikan kurang 30 peratus masalah banjir yang berlaku di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan berjumpa dengan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan perkara terbabit.

“Kerajaan Pusat tidak berlaku adil dari segi perancangan peruntukkan itu. Oleh itu, sebelum belanjawan 2013, saya sudah meminta warga kerja perkhidmatan awam dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk membuat persediaan mengenai apakah peruntukkan yang diperlukan.

“Dan saya sendiri akan mengetuai untuk berjumpa dengan Menteri Kewangan untuk menunjukkan ini adalah kuasa Kerajaan Pusat,” katanya yang menjawab soalan Azmin Ali (Bukit Antarabangsa-PKR).

Azmin sebelum ini mendedahkan Kerajaan Pusat mendakwa sudah menyalurkan sebanyak RM16 juta bagi suku tahun ini untuk projek tebatan banjir daripada RM24.9 juta yang diperuntukkan.

Katanya, jumlah itu diperolehi hasil daripada rekod yang diberikan kepadanya dalam sesi Parlimen baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.