Categories
NASIONAL SELANGOR

Tony Pua : Tiada Bail Out, Talam Beri RM 688.7 Juta Kepada Selangor.


KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Kerajaan Selangor bukan sahaja tidak ?bail out? atau menyelamatkan Talam Corporation Bhd (Talam), malah syarikat itu terpaksa menyerahkan RM 688.7 juta dalam bentuk tunai dan aset kepada Kerajaan Negeri.

Demikian penjelasan yang dibuat oleh Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya utara hari ini ketika menjawab tuduhan kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyelamatkan Talam dengan RM 1 billion wang rakyat.

Tuduhan tersebut di buat oleh Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong.

“Datuk Chua keliru. Dia sedar bahawa Talam berhutang Kerajaan Selangor RM 392 juta.

“Jika berlaku sedemikian, mengapa Kerajaan Selangor yang memperolehi RM 676 juta aset Talam?” Kata Tony dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Kerajaan Negeri Selangor memperolehi aset-aset Talam yang berupa hartanah setelah Talam gagal menjelaskan hutang mereka kepada Kerajaan Negeri.

Proses pengambilalihan aset itu turut mensyaratkan supaya Kerajaan Selangor menyelesaikan hutang aset tersebut kepada bank, Tong berkata.

“Ini bermakna bahawa jika negeri mengambil alih aset, negeri perlu menyelesaikan pinjaman terkumpul aset yang diambil alih itu.
“Dalam kes ini, Menteri Besar Incoporated (MBI) mengambil alih RM 676 juta aset daripada Talam.

?Aset itu mempunyai RM 266.2 juta pinjaman dari bank dan RM 30.5 juta yuran lain yang perlu dibayar.”

Setelah menolak jumlah hutang yang perlu dibayar ke bank (RM 296.7 juta) Talam hanya tinggal RM 379.2 juta untuk menjelaskan hutang RM 392 juta mereka kepada Kerajaan Negeri.

Talam terpaksa membuat bayaran baki RM 12.7 dalam bentuk tunai bagi menjelaskan kesemua hutangnya kepada Kerajaan Selangor, Tony.

?Mana yang dikatakan langkah ‘bail out’ untuk Talam?? soal Tony.

Tony berkata demikian di dalam sidang akhbar yang turut disertai Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Tony memberi Chua tempoh 24 jam untuk menarik balik tuduhannya dan memohon maaf kepada kerajaan negeri.

“Mereka mempunyai 24 jam untuk memohon maaf dan menarik balik tuduhan yang tidak berasas mereka.

“Jika tidak, saya akan mengadakan satu lagi sidang akhbar pada masa yang sama, esok untuk pendedahan isu terlebih bayar yang melibatkan RM41 juta atau lebih,” ujar Pua lagi.

ends

Leave a Reply

Your email address will not be published.