Categories
NASIONAL

Enakmen Lompat Parti, Abdul Khalid Serah Kepada Kepimpinan PR Putuskan

SHAH ALAM 30 OGOS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pucuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan membincangkan terlebih dahulu mengenai penggubalan enakmen anti lompat parti sebelum Kerajaan Negeri Selangor meneruskan langkah untuk menggubal enakmen itu.

Abdul Khalid menegaskan isu yang perlu diberi keutamaan oleh kepimpinan PR adalah soal pemilihan calon untuk pilihan raya yang dapat melaksanakan tugas dan amanah apabila dipilih rakyat kelak.

“Ini adalah isu Pakatan Rakyat yang mereka membincangkan di pucuk kepimpinan dan jika pucuk pimpinan PR termasuk dari PKR, DAP dan PAS bersetuju untuk menggubal undang-undang mengenai tidak menggalakkan lompat parti.

“Selangor sebagai negeri, menimbang untuk mengikuti usaha tersebut,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Beliau menegaskan, pimpinan PR perlu belajar daripada peristiwa lompat parti yang berlaku lepas berkenaan pemilihan calon pilihan raya yang dapat mewakili parti dengan melaksanakan tugas sehingga tamat.

“Pemilihan itu sangat penting kerana dalam pemilihan itu kita mengambil kira mereka yang dipilih itu samada benar bersedia mewakili parti,” ujar Abdul Khalid.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tiada masalah dengan cadangan Pulau Pinang untuk memperkenalkan enakmen antilompat parti pada bulan November ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata langkah memperkenal enakmen itu di Pulai Pinang menetapkan mana-mana wakil rakyat yang mahu melompat parti perlu meletak jawatan dan mendapat mandat baru dari rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.