Categories
SELANGOR

Selangor Sasar Tingkat Pelaburan

SHAH ALAM 22 SEPT : Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan peningkatan pelaburan yang lebih tinggi menjelang hujung tahun ini berdasarkan kemasukan pelabur dari dalam dan luar negara untuk menjalankan perniagaan di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti beberapa pelabur berpotensi antaranya dari China, Jepun dan Korea yang dijangka akan membuat pelaburan dan operasi di negeri ini tidak lama lagi.

Beliau berkata, Selangor seringkali menjadi pilihan pelabur ekoran kemajuan pesat negeri itu selain memiliki tenaga pakar dan mempunyai kawasan strategik.

“Banyak pelabur dari luar yang begitu berminat untuk menjalankan perniagaan di sini. Saya difahamkan, Thailand juga merupakan antara negara Asia yang tertarik untuk membuat pelaburan di Selangor.

Sehingga kini, pelaburan di Selangor mengatasi pelaburan-pelaburan dari negara luar seperti Laos dan Vietnam,” katanya semasa menghadiri Pesta Tanglung di I-Walk, I-City, di sini malam tadi.

Hadir sama, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok serta wakil anak syarikat Kerajaan Negeri.

Pesta tersebut merupakan anjuran Pusat Pelaburan Negeri Selagor (SSIC) dengan menyaksikan lebih 30 buah tanglung dipamerkan dan dipertandingkan pada malam tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.