Categories
NASIONAL

MB : Jangan Percaya Mahathir Yang Cakap Bodoh

IJOK 07 OKT : Rakyat tidak sebodoh untuk mempercayai dakyah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa negara akan dijajah kuasa asing jika Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tiada seorang rakyat negara yang mahukan negara ini dijajah semula.

“Saya hairan kenapa beliau (Mahathir) boleh bercakap sebodoh itu.

?Rakyat sekarang yang berada di mana-mana sahaja tidak bodoh, janganlah mahu takutkan rakyat, rakyat pun tidak kenal Soros itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan cabang PKR Kuala Selangor semalam bagi mengulas kenyataan Mahathir yang diterbitkan oleh akhbar New Sunday Times semalam.

Mahathir dalam rencananya, berkata undi untuk Pakatan adalah ?undi? untuk spekulator mata wang George Soros dan merupakan satu bentuk penjajahan semula.

Beliau berkata jalan Pakatan menuju ke Putrajaya sangat menakutkan Umno-BN, oleh itu gagasan itu mula menakutkan rakyat.

“Ekonomi Malaysia sekarang lebih baik berbanding ekonomi Eropah. Saya lihat PR sangat menakutkan Umno-BN.?

Abdul Khalid juga mengingatkan ahli parti supaya sentiasa bekerjasama dalam memperkuatkan jentera parti menjelang Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Katanya, sikap ‘tikam belakang’ sesama sendiri juga perlu dijauhi.

“Kita mempunyai peluang untuk menang jadi jangan sesekali menutup jalan yang dibuka oleh Umno-BN.

“Kita jadikan iktibar daripada ahli-ahli kita yang sudah ‘dibeli’ oleh parti lain untuk keluar parti.

?Kita jangan jadi seperti mereka yang tidak tetap iman dalam perjuangan parti,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.