Categories
SELANGOR

RM40 Juta: Najib Didakwa Lindungi Musa

KUALA LUMPUR, 18 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa cuba melindungi Datuk Seri Musa Aman berhubung skandal wang RM40 juta kepada Umno Sabah, kata Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

“Saya rasa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan khususnya berkaitan RM40juta dari Hong Kong ke Sabah.”

“Walaupun Nazri(Aziz) kata Pesuruhjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) sedang menyiasat tetapi apakah yang perlu dibuat oleh SPRM adalah wang yang diperolehi oleh Ketua Menteri Sabah dari Hong Kong adalah SPRM juga perlu siasat kerana ia melibatkan nama baik negara dan kerajaan,” katanya di lobi Parlimen.

Tegasnya, apa yang perlu dijelaskan kepada rakyat adakah wang berkenaan untuk Umno Sabah atau milik peribadi Musa yang juga Ketua Menteri Sabah.

Lebih dikesalkan, kenyataan Najib yang dilihat cuba memberikan perlindungan kepada Musa.

Pada tahun 2008, seorang ahli perniagaan Michael Chia ditangkap di Lapangan Terbang Hong Kong disyaki memiliki wang berjumlah RM40 juta.

Beliau turut dikatakan ‘rapat’ dan ‘mempunyai hubungan baik’ dengan Musa.

Tan juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Nazri Aziz berhubung pertanyaan beliau pada sesi soal jawab Dewan Rakyat.

Soalan beliau berkait mengenai jumlah ahli-ahli Kabinet sehingga Adun yang sedang disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

Nazri menurut jawapannya menyatakan, beliau tidak boleh mendedahkan jumlah pegawai yang sedang disiasat oleh SPRM sebaliknya hanya boleh mendedahkan jumlah mereka yang didakwa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.