Categories
SELANGOR

RM40 Juta: Najib Didakwa Lindungi Musa

KUALA LUMPUR, 18 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa cuba melindungi Datuk Seri Musa Aman berhubung skandal wang RM40 juta kepada Umno Sabah, kata Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

“Saya rasa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan khususnya berkaitan RM40juta dari Hong Kong ke Sabah.”

“Walaupun Nazri(Aziz) kata Pesuruhjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) sedang menyiasat tetapi apakah yang perlu dibuat oleh SPRM adalah wang yang diperolehi oleh Ketua Menteri Sabah dari Hong Kong adalah SPRM juga perlu siasat kerana ia melibatkan nama baik negara dan kerajaan,” katanya di lobi Parlimen.

Tegasnya, apa yang perlu dijelaskan kepada rakyat adakah wang berkenaan untuk Umno Sabah atau milik peribadi Musa yang juga Ketua Menteri Sabah.

Lebih dikesalkan, kenyataan Najib yang dilihat cuba memberikan perlindungan kepada Musa.

Pada tahun 2008, seorang ahli perniagaan Michael Chia ditangkap di Lapangan Terbang Hong Kong disyaki memiliki wang berjumlah RM40 juta.

Beliau turut dikatakan ‘rapat’ dan ‘mempunyai hubungan baik’ dengan Musa.

Tan juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Nazri Aziz berhubung pertanyaan beliau pada sesi soal jawab Dewan Rakyat.

Soalan beliau berkait mengenai jumlah ahli-ahli Kabinet sehingga Adun yang sedang disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

Nazri menurut jawapannya menyatakan, beliau tidak boleh mendedahkan jumlah pegawai yang sedang disiasat oleh SPRM sebaliknya hanya boleh mendedahkan jumlah mereka yang didakwa.

Categories
SELANGOR

RM16 Juta Wang Di Dakwa Di Salur Kepada Umno Sabah

KUALA LUMPUR 11 OKT : Naib Presiden PKR Tian Chua mempersoalkan Kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menunjukkan bahawa wang berjumlah RM16 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

“Sekiranya dana terbabit disalurkan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah, adakah ia tidak melanggari undang-undang dan tiada unsur rasuah?, soalnya dalam sidang media di Parlimen.

Beliau menambah peranan dan kegunaan bagi sumbangan itu kepada Umno Sabah juga tidak dijelaskan dalam jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

“Peguam Negara dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan fakta untuk kebaikan Musa Aman,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Nazri dalam jawapannya di Dewan Rakyat memaklumkan Jabatan Peguam Negara sudah meneliti keterangan yang dikemukakan SPRM dan mendapati dana itu dibuat ke atas Umno-Sabah bukannya Musa.

Nazri memaklumkan kes itu juga turut disiasat oleh Independent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC) dan Mahkamah Switzerland, bagaimanapun keputusannya sama dengan SPRM.

Dalam kes tersebut, Usahawan Michael Chia, ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dengan membawa matawang Singapura berjumlah RM16 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menghala ke Kuala Lumpur.

Susulan itu, Chia dituduh atas dakwaan terlibat dalam penggubahan wang haram orang suruhanjaya pencegahan rasuah Hong Kong.

Laporan menyebut, siasatan ICAC itu turut menunjukkan bahawa wang berkenaan diperuntukkan untuk Musa dan merupakan sebahagian daripada dana yang dideposit ke akaun bank Switzerland mengandungi US$30 juta.

Wang didakwa dipegang secara amanah untuk ketua menteri itu oleh seorang peguam.