Categories
SELANGOR

Anwar :Pelihara Hubungan Baik Antara Kaum

anwar ibrahim 1

SHAH ALAM 25 DIS : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan sempena hari Krimas menyatakan masyarakat Kristian memainkan peranan penting dalam masyarakat berbilang bangsa dan berbilang agama dalam negara ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Hari Natal kepada masyarakat Kristian di negara ini.

Katanya, hubungan antara masyarakat Kristian dan kerajaan seharusnya dibina atas kepercayaan dan semangat kerjasama, dan kebebasan fundamental mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan wajib dihormati dan dilindungi.

“Ini adalah perkara yang sangat esential untuk Malaysia bergerak maju bersatu demi keharmonian dan kesejahteraan. Negara tidak tampak hebat dengan masyarakat yang tidak bersatu.

“Sempena dengan kehadiran musim perayaan ini, saya ingin ulangi bahawa kegembiraan, kestabilan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia harus menjadi batu pengukur kepada kekuatan negara bangsa ini dan kemampuan untuk mengharungi cabaran di hadapan. Marilah kita bersatu di bawah panji keamanan, kebebasan, reformasi dan keadilan untuk semua,”kenyataan itu dipetik.

Anwar juga mengingatkan masyarakat agar bersyukur dengan kenikmatan yang kada dan tidak dilupakan juga kepada yang kurang bernasib baik.

“Saya bersama teman-teman dalam Pakatan Rakyat bekerja keras bertahun-tahun untuk memastikan komitmen kami bahawa Malaysia ini adalah milik seluruh rakyat Malaysia. Dalam semangat itu, kami ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Natal kepada seluruh masyarakat Kristian di Malaysia,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.