Categories
SELANGOR

PETSOHO-S Bantu Tingkatkan Pendapatan Ibu Tunggal

pet soho rodziah batu caves 01
SELAYANG, 28 DIS : Ibu tunggal yang menyertai program keusahawanan Selangor (PET SOHO-S) yakin ia dapat membekalkan mereka dengan kemahiran untuk meraih pendapatan keluarga melalui perniagaan dari rumah.

PETSOHO-S atau Program Pemberdayaan Ekonomi Ibu Tunggal Selangor yang diperkenalkan Ogos lalu, menyediakan latihan kemahiran keusahawanan menerusi pendekatan mentor-mentee yang memberikan bimbingan secara berterusan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Peserta program tersebut bakal menjana pendapatan bulanan kira-kira RM 1,500.

Bagi seorang ibu tunggal, Norzimah Mohd Nor, 51, program ini mampu meningkatkan kualiti dan taraf hidupnya sekeluarga melalui program latihan yang ditawarkan.

Beliau yang kini menyara enam orang anak dengan menjual nasi lemak melahirkan kesyukuran setelah terpilih sebagai salah seorang peserta untuk program tersebut.

“Saya sangat-sangat bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini. Saya memilih untuk menyertai program ini kerana ingin memperbaiki kualiti kehidupan sekaligus meningkatkan pendapatan keluarga.

“Saya berharap dengan adanya program ini, golongan ibu tunggal lebih bersemangat untuk berdikari dan menjana pendapatan melalui pet soho rodziah batu caves 03perniagaan,” katanya apabila ditemui di satu bengkel PETSOHO-S di Batu Caves di sini semalam.

PET SOHO-S menyediakan segala kemudahan bagi ibu tunggal  memulakan perniagaan.

Ibu tunggal yang terpilih akan diberi tunjuk ajar oleh mentor masing-masing dalam tempoh tertentu sebelum memulakan perniagaan sendiri.

Antara senarai produk yang ditawarkan ialah fotografi, Taska@home, Sajian2U.com, Spa dan Salon, Pasaraya Secara Talian, Jahitan, Urutan Kaki Refleksologi, Pembuatan Makanan Halal dan Pengurusan Rumah Tangga Profesional.

Exco Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan penglibatan seramai 200 ibu tunggal dalam program itu pada peringkat awal.

“Melalui program ini, kita memberi bimbingan kepada ibu tunggal melalui latihan, kursus, elaun dan peralatan untuk memulakan perniagaan.

pet soho rodziah batu caves 04? Program ini juga membolehkan ibu tunggal menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM 1,500 dengan hanya bekerja dari rumah sahaja,” katanya.

Seorang lagi peserta, Asiah Kamaruddin, 50, berkata PETSOHO-S mampu melengkapkan ibu tunggal dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan berjaya.

Beliau yang memiliki tujuh orang anak hanya menyara keluarga melalui perniagaan secara kecil-kecilan dan mengalami kesempitan hidup sejak sekian lama.

“Alhamdulillah, saya sangat terharu kerana dipilih sebagai salah seorang peserta untuk program ini. Program seumpama ini benar-benar membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.