Categories
NASIONAL

Cadangan Bubar DNS Untuk Desak PM Umum Tarikh PRU Segera

MB pc kuning couch 01

SHAH ALAM, 31 JAN : Kesediaan Kerajaan Negeri untuk membubarkan Dewan Negeri Selagor (DNS) lebih awal daripada Dewan Rakyat adalah bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya segera mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan tidak boleh terus berteka-teki mengenai tarikh PRU kerana ia akan menimbulkan spekulasi daripada pelbagai pihak.

Malah katanya, kelewatan PRU dilaksanakan di negara ini akan menyebabkan banyak masa terbuang dan memaksa rakyat untuk menunggu lebih lama.

“Pada saya, masanya sudah tiba untuk diadakan PRU dengan segera supaya masyarakat mendapat mandat untuk memilih kerajaan yang baru.

?Saya harap inisatif ini akan menggerakkan Perdana Menteri untuk segera mengumumkan tarikh PRU,” katanya ketika diminta mengulas kenyataannya semalam yang mahu Kerajaan Negeri membubarkan DNS lebih awal.

Abdul Khalid juga berkata hasrat Kerajaan Negeri untuk membubarkan DNS belum lagi dimaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor.

Bagaimanapun katanya, perkara itu akan dimaklumkan secepat mungkin melalui satu perbincangan rapi.

“Bila kita sampai tarikh 22 Mac, di mana Speaker angkat sumpah dan dewan akan bubar sendiri, tiada siapa yang boleh kata tidak (kepada PRU).

?Saya sedang mengadakan perbincangan dan kemudian akan adakan proses rapi (untuk dimaklumkan kepada Sultan),” katanya lagi.

Semalam, Kerajaan Negeri mengumumkan hasratnya untuk membubarkan DUN Selangor lebih awal jika Kerajaan Pusat masih tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai tarikh parlimen akan dibubarkan.

Abdul Khalid berkata pendirian Kerajaan Negeri adalah PRU-13 tidak boleh dilengah-lengahkan dan sedia membubarkannya lebih awal untuk memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan baru.

Beliau berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri enggan membubarkan DUN serentak dengan Parlimen sekirannya Kerajaan Persekutuan membuat pilihanraya sebelum Jun 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published.