Categories
SELANGOR

Selangor Belanja RM80 Juta Untuk Khairat Kematian

RM80 juta khairat kematian 02

BESTARI JAYA 24 MAC : Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM80 juta bagi membantu kira-kira 37,000 penerima dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi program khairat kematian di seluruh Selangor sepanjang pentadbirannya setakat ini.

RM80 juta khairat kematian 03Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ternyata segala dirancang Kerajaan Negeri menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) banyak membawa kebaikan kepada rakyat .

Apa yang jelas, biarpun pelbagai program kebajikan dijalankan namun masalah kewangan tidak dihadapi Kerajaan Negeri.

“Walaupun kita keluarkan belanja tetapi ia tidak memberi kesan malah simpanan Kerajaan Negeri bertambah empat kali ganda.

“Ini membuktikan bahawa pemberian yang dilakukan dengan tidak menjejaskan kewangan negeri kalau kita menjaga dengan baik.

“Setiap tahun kita peruntukan sebanyak RM26 juta bagi pemberian ini,” katanya dalam Majlis Penyampaian Bantuan Khairat Kematian Bagi SMUE di Balai JKKK Bestari Jaya di sini.

RM80 juta khairat kematian 06Bantuan khairat kematian tersebut diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan bantuan jumlah RM2,500 kepada pewaris si mati di mana bantuan RM1,000 didahulukan manakala selebihnya disampaikan kemudian.

Dalam majlis itu seramai 22 pewaris menerima sumbangan daripada Menteri Besar.

Seorang penerima, Rasli Rusmin, 52, dari Bukit Badong berkata, pemberian itu adalah bagus dan ia wajar diteruskan Kerajaan Negeri untuk tahun-tahun akan datang.

RM80 juta khairat kematian 04“Ia meringankan beban keluarga yang kehilangan ahli keluarga,” katanya yang kematian bapa, Rusmin Sidek, 75, pada akhir tahun lalu.

V Parameswar, 48, dari Kundang yang kehilangan bapa, S Raju, 86, turut menyatakan Kerajaan Negeri membuktikan keprihatinan terhadap masalah rakyat terutama golongan kurang berkemampuan.

“Saya berterima kasih dengan bantuan ini dan ia memang satu tindakan wajar bagi membela nasib rakyat,” katanya.

“Saya juga rasa seronok kerana sebelum ini tiada bantuan semacam ini. Kalau boleh selepas ini banyak lagi bantuan dirancang untuk kebaikan semua,” kata Leong Wang Ping, 44, dari Taman Muhibbah yang kematian bapa, Leong Kong You, 68, pada tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.