Categories
NASIONAL SELANGOR

Calon DUN Ijok, Dr Idris Azam Teruskan Kecemerlangan Abdul Khalid

idris ahmad ijok 01

KUALA SELANGOR, 20 APRIL : Calon Dun Ijok, Dr Idris Ahmad berazam meneruskan kecemerlangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang pernah menjadi Adun kawasan itu jika dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Menurut Dr Idris, Abdul Khalid banyak membawa perubahan khususnya kepada penduduk Ijok dengan melaksanakan beberapa dasar yang memberi manfaat kepada semua golongan.

Antaranya, Abdul Khalid berjaya menyelesaikan masalah pemilikan tanah di beberapa kampung seperti di Kampung Sungai Darah, Kampung Pecah Batu, Kampung Jaya Setia, Kampung Keretapi di Ijok.

“Saya berazam untuk meneruskan legasi kecemerlangan Tan Sri Khalid sebagai Adun kawasan Ijok jika dipilih rakyat pada PRU-13 ini,” katanya ketika ditemui sejurus selesai urusan penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Abdul Khalid selaku Menteri Besar turut memperkenalkan beberapa dasar di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) seperti bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE), program Jom Shopping ibu tunggal dan warga emas.

Dalam pada itu, Dr Idris juga berazam untuk berusaha memartabatkan sistem pendidikan khususnya kepada masyarakat luar bandar di Ijok.

“Dahulu sistem pendidikan bagus sebab saya tak perlu pergi tuisyen tetapi mampu berjaya.

“Tetapi sekarang, ramai pelajar ingin berjaya perlu pergi ke pusat tuisyen dan ini akan meminggirkan penduduk di luar bandar yang kurang berkemampuan,” katanya yang merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Pada PRU-13, Dr Idris akan bersaing dengan calon BN, Parthiban Karuppiah untuk merebut kerusi DUN Ijok.

Leave a Reply

Your email address will not be published.