Categories
NASIONAL SELANGOR

Komuniti India Lebih Terbela Di Bawah Pakatan Rakyat

MB taipusam peruntukkan kuil 01

SHAH ALAM, 24 APRIL : Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah membuktikan bahawa komuniti India lebih terbela selama lima tahun dahulu melalui bantuan berterusan kepada sekolah Tamil dan program kebajikan kepada keluarga yang tinggal di dalam estet.

Umno-BN sebaliknya mencerminkan sikap mereka terhadap komuniti itu dengan meletakkan Zulkifli Nordin, yang pernah perkataan rasis terhadap agama Hindu, sebagai calon mereka di kerusi parlimen Shah Alam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kebanyakkan program dan bantuan Kerajaan Selangor kepada komuniti tersebut tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan Umno-BN Selangor yang dahulu.

Kerajaan PR Selangor telah membelanjakan sebanyak RM 2 juta dalam tempoh lima tahun bagi membangunkan sekolah Tamil seluruh Selangor.

MB taipusam peruntukkan SJKT  01Jelasnya, sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam untuk menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat bukan Islam.

“Kita mengeluarkan peruntukkan RM 16 juta untuk membina dan membaik pulih rumah ibadat bukan Islam termasuk kuil-kuil Hindu dalam tempoh 2008 hingga 2012.

“Malah kita meluluskan lebih 80 permohonan tanah untuk kuil Hindu,” katanya dalam sidang media di Kediaman Exco, di sini.

“Bukan itu sahaja, mereka (Umno-BN) meminggirkan kepentingan kaum India termasuk merobohkan kuil,” katanya.

Abdul Khalid menambah Kerajaan Negeri turut mengadakan program seperti Tabung Pekerja Ladang dan Program Kemahiran Wanita Ladang bagi melatih mereka untuk menjana hasil tambahan bagi keluarga mereka.

“Pelukan dan ciuman kepada Calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin tidak boleh menyelesaikan masalah yang selama ini diabaikan oleh Umno-BN sendiri,” sindir Abdul Khalid.

Leave a Reply

Your email address will not be published.