Categories
NASIONAL SELANGOR

Krisis Air : BN Tutup Kesalahan Syabas, Cubaan Raih Undi PRU13

William

SHAH ALAM, 15 APRIL : BN digesa berhenti menggunakan isu palsu seperti ?krisis air Selangor? yang ternyata tidak wujud sebagai usaha meraih undi pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Dalam satu kenyataan media, Bendahari Agung PKR, William Leong berkata tindakan murahan dalam usaha memancing undi itu ternyata bersifat seperti serampang dua mata oleh BN.

“Ia bertindak menutup ketidakcekapan(Syarikat Bekalan Air Selangor) Syabas dalam pengurusan air di negeri Selangor di samping bertindak memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat.

“Ia juga merupakan usaha terdesak bagi memancing undi dalam situasi sebenar kekeringan air di rumah pengguna ekoran kebanjiran air paip bocor di jalanan,” ujar calon PKR bagi kerusi Parlimen Selayang ini.

Baru-baru ini, BN mengambil kesempatan mendakwa kononnya berlaku krisis air di Selangor ekoran kejadian paip air pecah di Batu Caves.

Mengulas lanjut, William berkata kejadian itu sebenarnya hanya menambah koleksi senarai kecuaian dan ketidakcekapan Syabas dalam pengurusan dan pengagihan air di negeri ini.

Antaranya, paip air didapati bocor di Gombak pada 21 Februari 2012, menjejaskan 18,000 orang pengguna.

Pada 29 April 2012 juga sebuah paip air juga didapati pecah di Hulu Selangor yang menjejaskan 12 buah kampung manakala 113,000 orang pengguna terjejas akibat sebuah paip pecah di Shah Alam pada 16 Oktober tahun lalu.

“Ini tidak termasuk kegagalan Syabas menyelenggara lima unit pam air serta dua unit ?standby pump? di rumah pam Wangsa Maju sehingga menyebabkan gangguan air di sekitar Ampang, Pandan, Jalan Semarak, Ukay Heights, Cheras Baru dan kawasan-kawasan sekitarnya pada Januari tahun ini,” tambah William.

Justeru, beliau berkata tindakan BN yang selama ini meletakkan kesalahan ke atas keengganan Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pembinaan loji rawatan air Langat 2 sebagai punca ?krisis air Selangor? adalah suatu perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Ini adalah kerana keadaan sebenar di Selangor adalah tidak ada krisis air, cuma pengurusan air yang cuai oleh syarikat pembekal air.

“Lantas, satu-satunya sokongan yang akan diraih oleh BN adalah sokongan pengundi hantu dan bukan warga Selangor,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.