Categories
NASIONAL SELANGOR

‘Nilai Bantuan Tunas Sangat Bermakna Terhadap Keluarga Kami’

Skim Tunas Selangor Tadika Padang Jawa 01

SHAH ALAM 3 APRIL : Nilai bantuan yang diberi Kerajaan Negeri menerusi Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) terlalu berharga bagi suri rumah, Affarizan Mohammad,36.

Beliau yang ditemui melahirkan kegusaran bantuan itu ditarik balik jika Umno-BN mentadbir negeri terbabit. Ini kerana pihak Umno-BN memilih bulu sebelum memberi bantuan.

“Orang lain mungkin menggangap RM50 sebulan ini sebagai tidak seberapa. Namun bagi saya, ini merupakan hadiah berharga daripada Kerajaan Negeri,” katanya.

Skim Tunas Selangor Tadika Padang Jawa 07Katanya, mereka sekeluarga hanya mengharapkan gaji suaminya, Zulnizam Abd Karim, 36, yang bekerja sebagai pemandu lori.

“Suami saya bekerja bukan tetap, jika ada kerja ikut trip, baru ada gaji. Kami sangat susah hati apabila mengenangkan pelajaran anak, nasib baik suami saya mencuba mengisi borang skim bantuan ini tahun lalu.

“Melalui duit ini, ia dapat membantu persekolahan anak saya. Walaupun saya hanya mempunyai seorang anak, tetapi saya tetap tidak mampu membayar yuran sekolah kerana keluarga saya bukan orang senang, dengan sewa rumah yang mahal memang susah untuk kami teruskan hidup,” kata ibu kepada Muhammad Afiqzunnur,6, dengan nada sebak.

Tambah beliau, setakat ini program yang dianjurkan Kerajaan Negeri memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Skim Tunas Selangor Tadika Padang Jawa 04Dalam pada itu, perasaan terharu dan kegembiraan menerima bantuan itu turut dikongsi oleh penerima lain, Noranisah Sabari, 39.

Menurutnya, tindakan menghantar anak ke Tadika Pasti Az-Zahrah 1, itu adalah tindakan bijak yang dilakukan olehnya.

Jelasnya, walaupun pada mulanya, gusar kerana tidak mampu membayar yuran bulanan tetapi dengan adanya bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri anaknya, Mohd Danish Unaidi, 7, dapat belajar dengan baik.

“Saya menerima bantuan ini tahun lalu, tahun ini anak saya sudah memasuki darjah satu, tetapi saya tidak akan lupakan jasa Kerajaan Negeri kerana dengan adanya bantuan itu, saya dapat menghantar anak saya ke sekolah itu dan anak saya dapat belajar dengan baik dari segi akademik dan keagamaan,” katanya.

Noranisah menambah bantuan yang diterima itu mengurangkan beban keluarganya yang mana sebelum ini beliau sering mengangguh bayaran yuran disebabkan keadaan ekonomi keluarga yang kurang baik..

Sehubungan itu, beliau tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang mahu menyaman Kerajaan Negeri kerana dikatakan gagal mengotakan janji bagi pemberima bantuan itu.

“Saya tidak setuju, cuba semak semula atau tanya orang sama ada benar atau tidak Kerajaan Negeri tidak memberi bantuan sedangkan kami di sini menerimanya dan lihat semula adakah mereka tidak menerima itu mempunyai gaji yang banyak? Jika gaji banyak sudah tentu tidak dapat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.