Categories
NASIONAL SELANGOR

PAS Mesyuarat Isnin Tentukan Kedudukan Calon Bertindih

PRU13 PKR 01

KUALA LUMPUR, 20 APRIL : Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin, 22 April ini untuk membuat keputusan berikutan pertindihan calon PAS dan PKR.

Perkara ini dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof di dalam satu kenyataan media.

Kerusi-kerusi yang menyaksikan pertindihan di antara PAS dan PKR ialah;

1) Parlimen Labuan- Wilayah Persekutuan

2) DUN Sungai Aceh- Pulau Pinang

3) DUN Kota Damansara- Selangor

4) DUN Bukit Besi- Terengganu

5) DUN Kota Putera-Terengganu

6) DUN Seberang Takir-Terengganu

“Semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini,” Kata Subki ringkas.

Selain pertindihan calon di antara PAS dan PKR, proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menyaksikan pertembungan sengit di beberapa kawasan sehingga mengakibatkan pertembungan lebih daripada tiga penjuru.

Leave a Reply

Your email address will not be published.