Categories
NASIONAL

Azmin Nafi Keluar Parti

Azmin Nafi Keluar Parti 01

PETALING JAYA, 10 MEI: Khabar angin yang menyatakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan melepaskan semua jawatan dalam parti terjawab apabila beliau menafikan perkara tersebut hari ini.

Penegasan ini dibuat dihadapan penyokong PKR dan petugas media pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Menyifatkan perkara ini sebagai khabar angin yang disebarkan oleh Umno untuk menggoncang Pakatan Rakyat(PR).

Azmin Nafi Keluar Parti 02

Berhubung pelantikan Menteri Besar, Azmin juga memberitahu, PKR Selangor telah membuat mesyuarat malam tadi dan membuat cadangan nama untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

“Kita telah menyerahkan surat itu kepada presiden berasaskan mesyuarat itu,” kata Azmin.

Menurut Azmin, pemilihan calon Menteri Besar Selangor untuk dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor mesti melalui konsultasi.

Jelas Azmin, beliau dan rakan-rakan akan menyokong sesiapa sahaja yang dilantik hasil keputusan perbincangan konsensus.

“Siapa yang diputuskan melalui konsensus akan kita patuh.

“Saya juga perlu dengar penjelasan rakan dalam PAS dan DAP Selangor.

“Kita tidak ada masalah mengekalkan sesiapa pun. Mandat kita besar perlu dilakukan dengan telus,” ujar Azmin lagi.

Berhubung desas-desus PKR akan berunding dengan Umno atas nama perpaduan Melayu, Azmin menolak perkara tersebut.

“Saya menolaknya dengan menegaskan bahawa PKR bukanlah sebuah parti Melayu sebalinya pelbagai kaum berteraskan nilai-nilai Islan dan universal,” tegasnya.

Azmin Nafi Keluar Parti 03

Leave a Reply

Your email address will not be published.