Categories
NASIONAL

PDRM Cadang Tambah Lokap Berpusat Tangani Kematian OKT – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 28052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ketua polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar akan mengetuai satu jawatankuasa khas yang bakal dilancarkan untuk menyiasat sekaligus mengelakkan kes kematian tahanan dalam lokap polis.

2. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menolak dakwaan Utusan Malaysia yang mendakwa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memperjuangkan jalur anarki.

3. Mengulas rancangan kerajaan Persekutuan menaikkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita daripada 47% kepada 55%, pimpinan wanita Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan kajian terperinci meliputi segenap segi supaya langkah tersebut terarah dan berkesan.

4. Diberi peluang melihat dan merasai sendiri kesusahan dan kesempitan hidup insan yang tidak bernasib baik menjadi pengajaran yang berguna kepada orang ramai.

‘Program Ziarah Asnaf’ anjuran Lembaga Zakat Selangor bersama Korporat dan Media sama sekali membuka ruang dan pengalaman baru kepada peserta-pesertanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.