Categories
NASIONAL SELANGOR

DYMM Sultan Selangor Rasmi Masjid Taman Putra Perdana Puchong

sultan rasmi masji putra perdana puchong 01

SEPANG 25 JULAI : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Taman Putra Perdana Puchong di sini yang mampu memuatkan kira-kira 2,000 jemaah.

masjid putra perdana puchong budak bubur lambuk 01

Sultan Sharafuddin juga turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada kira-kira 400 anak-anak yatim, fakir miskin dan saudara baru pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat yang turut diadakan semalam di sini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin berkata, pembinaan masjid itu adalah untuk mengatasi masalah kesesakan jemaah di Masjid Kampung Pulau Meranti.

Katanya, pihak pemaju Taman Putra Perdana telah membangunkan masjid baru itu bermula pada tahun 2001 dan ia telah disiapkan secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 2004.

“Masjid ini telah dilengkapkan dengan beberapa kemudahan seperti ruang solat utama, bilik mesyuarat masjid, tempat wuduk lelaki dan wanita, bilik jenazah dan tandas bagi lelaki dan wanita.

“Maka dengan terbinanya masjid di Taman Putra Perdana ini, pelaksanaan aktiviti keagamaan seperti program keilmuan dan kerohanian dapat dijalankan oleh ahli kariah dan masjid,” kata beliau.

Ujar beliau, Masjid Taman Putra Perdana Puchong itu juga telah dinobatkan sebagai masjid terbaik di Daerah Sepang pada 2012 lepas.

“Diharapkan dengan perasmian masjid ini maka ia akan memberikan suntikan semangat kepada Ahli Jawatankuasa dan kariah dalam mengimarahkannya bagi tujuan meningkatkan syiar Islam sesuai dengan fungsi dan peranannya,” ujar beliau.

sultan rasmi masji putra perdana puchong 02

Leave a Reply

Your email address will not be published.