Categories
NASIONAL

MB : Selangor Tidak Setuju Rozali Ismail Dapat Ganjaran RM 33.4 juta

mb pc lobi DNS 4 jul 01

SHAH ALAM 4 JULAI : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid berkata, rakyat Selangor tidak bersetuju dengan pemberian pakej ganjaran sehingga RM 33.4 juta kepada pengerusi eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) Tan Sri Rozali Ismail.

Abdul Khalid turut berpendapat, sekiranya Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih penstrukturan air, nilai saham Rozali akan ditolak berdasarkan imbuhan atau ganjaran yang diterimanya itu.

“Saya rasa secara jelasnya rakyat Selangor tidak bersetuju.

“Jika kita dapat mengambil alih penstrukturan air, kita akan tolak gajinya berdasarkan “calculation of evaluation,” katanya ringkas selepas Persidangan Dewan Negeri Selangor, semalam.

Abdul Khalid berkata demikian bagi mengulas kenyataan sekumpulan pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) yang meluluskan cadangan pemberian pakej RM 33.4 juta kepada Rozali di dalam mesyuarat agung tahunannya.

Anak syarikat PNHB, Puncak Niaga sdn bhd (PNSB), adalah satu daripada empat syarikat yang mendapat konsensi mengurus perkhidmatan rawatan air di Selangor.

Kerajaan Selangor telah menawarkan RM 9.65 bilion kepada PNSB dan tiga lagi syarikat untuk mengambilalih perkhidmatan rawatan air daripada mereka.

Terdahulu,isu ganjaran berkenaan dipersoalkan oleh MP Klang Charles Santiago yang menyifatkannya sebagai keputusan ?tidak beretika dan tidak bertanggungjawab? memandangkan air adalah untuk kegunaan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.