Categories
SELANGOR

MBPJ diminta segera naik taraf parkir kompleks C

gambar hiasan
gambar hiasan

PETALING JAYA, 23 OGOS : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diminta menaik taraf parkir Kompleks C MBPJ dengan segera supaya ia boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang-ramai.

Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran berkata kapasiti 100 kenderaan di parkir komplek empat tingkat itu boleh menempatkan 400 kereta jika bangunan kolej yang sudah dikosongkan diroboh dan dijadikan ruang tempat letak kereta.

Beliau juga menggesa penyelenggaraan kemudahan serta pembersihan dijalankan dengan segera.

“Kompleks parkir ini sangat strategik kedudukannya kerana dilengkapi laluan pejalan kaki tetapi malangnya ia tidak diselenggara dengan baik dan kurang memuaskan bagi kegunaan orang ramai,” katanya ketika melawat kawasan.

Turut menarik perhatian adalah keselamatan pengguna parkir. Tinjauan Rajiv mendapati parkir kompleks itu tidak mempunyai lampu limpah di setiap tingkat, dan tiada pengawal keselamatan.

Rajiv meminta MBPJ segera melaksanakan cadangan naiktaraf yang telah diluluskan termasuk pemasangan kamera litar tertutup di setiap tingkat bangunan, dan mengecat semula premis.

“Saya juga mencadangkan supaya satu sesi dialog dapat diadakan diantara pengusaha perniagaan di sini dengan pihak MBPJ untuk memansuhkan sistem parkir bulanan di kompleks ini dan dibuka kepada orang ramai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.