Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor sumbang RM100,000 untuk kebajikan keluarga Teochew

MB

SUBANG JAYA, 17 OGOS: Kerajaan Selangor memperuntuk RM100,000 kepada Persekutuan Persatuan Teochew Selangor bagi membantu keluarga Teochew yang kurang bernasib baik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan itu akan diagih secepat mungkin bagi membantu mereka yang memerlukan ehsan kebajikan.

“Persatuan ini ditubuhkan sebelum merdeka lagi dan berjaya membangunkan keluarga Teochew bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian sempena Majlis Pembukaan Ulang Tahun ke-79 Persekutuan Persatuan Teochew Malaysia di Sunway Resort Hotel and Spa, pagi tadi.

Hadir sama dalam majlis yang disertai kira-kira 1,200 perwakilan persatuan Teochew seluruh negara itu ialah Pengerusi Persekutuan Persatuan Teochew Malaysia, Datuk Goh Wang Seng.

Teochew kini dianggar mempunyai lebih 700,000 pengikut di seluruh negara.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.