Categories
NASIONAL SELANGOR

Aduan diberi perhatian, MBPJ naik taraf stadium hoki

Dr yunus pic mza1

PETALING JAYA 7 SEPT : Aduan dan keprihatinan masyarakat akan kemudahan Stadium Hoki Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendapat perhatian dan diambil tindakan yang sepatutnya.

MBPJ memperuntukkan RM2.5 juta untuk menaiktaraf dan memulih kemudahan di stadium berkenaan termasuk menukar padang hoki, pemasangan pagar dan menaiktaraf astaka (grandstand).

“Stadium ini sudah berusia lebih 20 tahun, jadi banyak yang perlu ditukar. Kita juga mahu menaiktaraf stadium ini berikutan banyak permintaan kegunaan termasuk sekolah, persatuan, Badan Bukan Kerajaan dan orang awam yang lain untuk mengadakan pertandingan ,” kata Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBPJ, Aznan Hassan ketika ditemui di Sambutan Hari Belia di Kompleks Sukan Arena MBPJ.

Hadir sama Exco Belia, Sukan, Infrastuktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi.

Sebelum ini, MBPJ bercadang untuk menukar status kepada pusat sukan serbaguna pada 2010, bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan daripada Persatuan Hoki Selangor yang mahu status stadium hoki dikekalkan ekoran ketiadaan stadium hoki yang cukup di negeri ini.

“Pelan pembangunan dan peruntukkan belanjawan masih dalam perbincangan dan kita jangkakan kerja-kerja naiktaraf ini akan bermula awal tahun depan.

“Menerusi kerja menaik taraf itu juga, stadium berkenaan akan menampung 1,000 penonton iaitu jumlah yang sama dengan ketika ni,” katanya.

Dalam program Sambutan Hari Belia, kira-kira 100 belia menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan antaranya pertandingan kasut roda, papan selaju, basikal BMX, Wall Climbing, tarian kreatif dan kreativiti grafiti selain persembahan kerohanian dan muzik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.