Categories
SELANGOR

Ops cantas tidak tangani punca jenayah

carles 01

KLANG 11 SEPT : Kerajaan Pusat perlu mendekati permasalahan jenayah terus ke punca dan memikirkan penyelesaian yang menyeluruh bagi mencantas jenayah, terutamanya jenayah terancang, dari akar umbi.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berpendapat Ops Cantas adalah pendekatan jangka masa pendek dan tidak menangani punca sebahagian rakyat Malaysia terdorong melakukan jenayah.

“Kita kena tahu apa punca mereka lakukan perkara jenayah. Mungkin disebabkan kemiskinan, tiada peluang belajar dan masalah keluarga.

charles 02“Jadi Kerajaan perlu menyediakan satu program khas untuk belia untuk semua kaum atau mencari alternatif lain supaya perkara sebegini tidak berlaku di masa akan datang,” katanya.

Daripada 17 hingga 31 Ogos lepas, Polis Diraja Malaysia sudah membuat pemeriksaan terhadap 139,342 orang dan membuat tangkapan terhadap 3,205 suspek bagi tujuan siasatan.

Begitu juga dengan 84,011 pemeriksaan kenderaan dilakukan bagi mengesan barang-barang terlarang seperti senjata api, dadah dan sebagainya.

charles 04Perbandingan statistik dalam tempoh dua minggu dari 1 hingga 16 Ogos lepas, berbanding 17 hingga 31 Ogos telah menunjukkan impak Ops Cantas dengan jenayah ganas menurun kepada 1,067 kes daripada 1,162 kes iaitu penurunan 8.2 peratus.

“Ops ini merupakan penyelesaian jangka masa pendek bukannya jangka masa panjang.

“Seperti sekarang sudah tentu ramai penjenayah lari ke luar negara. Dan apakah kerajaan akan lakukan bila mereka kembali ke sini?” soal beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published.