Categories
SELANGOR

Bantah selepas usul dilulus, BBC Selangor ‘main wayang’ – SAMM

Oleh Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 29 NOV : Tindakan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor yang membantah kenaikan gaji ahli Dewan Negeri Selangor (DNS) dipertikai berikutan tiada bantahan disuarakan pada perbahasan usul itu.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor, Roslee Mohd Shariff, berkata kelulusan itu adalah keputusan kolektif bersama semua ADUN dan tidak wajar beban ia diletakkan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

SAMM2“Tidak wajar setelah pelbagai pihak menyatakan teguran kenaikan gaji itu barulah Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) ‘tersedar’ daripada lena.

“Adakah BBC berpandangan bahawa Dewan itu seperti sebuah set penggambaran drama, di dalam Dewan DUN, mereka mengundi untuk meluluskan usul kenaikan.

“Apabila berhadapan dengan media, BBC membuat pusingan 180 darjah dan meletakkan semua beban kesalahan kepada Menteri Besar seorang,” katanya.

Pada kenyataan media yang turut menyatakan SAMM Johor paling awal membantah, Roslee mempertikai tindakan BBC yang menyatakan bantahan hanya selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pihak lain menyuarakan teguran.

“Setelah Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan barulah BBC tersedar, ataupun semasa usul ini dibahaskan Pengerusi BBC tidak berada di Dewan.

attactserangNG SUEE LIM-AZMIN2 copy“Cukuplah bermain wayang. Rakyat tidak buta. Rakyat tidak pekak.  Apa yang boleh kita simpulkan BBC Selangor telah menjadi kelab kongkalikong. Apa yang sedang anda persembahkan ini jelas menghina intelektual rakyat,” katanya.

Semakan rakaman siaran langsung sidang DNS itu menunjukkan Mohamed Azmin Ali selaku Pengerusi BBC berada di Dewan, khususnya ketika Adun Sekinchan, Ng Sue Lim membahaskan usul berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.