Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: 150 anak yatim DUN Gombak terima persediaan sekolah

GOMBAK, 28 DIS: Bersempena pembukaan sesi persekolahan 2014, keceriaan terukir sebahagian 150 anak yatim sekitar DUN Gombak Setia apabila menerima sumbangan beg dan peralatan sekolah dari Adun Gombak Setia,Hasbullah Ridzwan.

Selain sumbangan beg dan peralatan sekolah, anak-anak yatim itu turut menerima sumbangan kewangan dari tabung anak yatim sekitar masjid Gombak Setia.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAAntara masjid yang terlibat, Masjid As-Syakirin, Masjid Lama Batu 6, Masjid Simpang 3, Masjid Sg. Chincin dan Masjid Zakaria Batu 9.

“Walaupun sumbangan ia tidaklah besar bagi sesetengah orang, tapi bagi orang tidak berkemampuan menjadi sumbangan besar di musim pembukaan sekolah ini,” kata Hasbullah.

Beliau juga turut berharap kepada orang ramai supaya tidak mudah mempercayai fitnah daripada pihak tidak bertanggungjawab kepada kerajaan negeri mengenai penyebaran SMS mengatakan Kerajaan Selangor memberikan sumbangan kepada anak-anak Selangor dan pemberian RM 200.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAPenerimas sumbangan,Anas, 10, salah seorang anak yatim berterima kasih atas sumbangan bermakna tersebut dan akan bersungguh-sungguh dalam belajar tahun persekolahan akan datang.

Manakala, Sarimah, 54 tahun, ibu tunggal yang menyara dua orang anak yatim piatu berharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang beliau tanggung dalam menyara dua orang anak yatim piatu, anak saudara beliau dan lima orang anak beliau sendiri.

Turut hadir dalam majlis ‘Back to School’ di Masjid Zakaria Batu 9 itu, pegawai-pegawai dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia dan ketua-ketua kampung, Mohamad Said Hj Zakaria, Ketua Kampung Gombak Utara, Khazari Mat, Ketua Kg. Sg. Chincin, Zainal Abidin Abu Bakar, Ketua Kg. Tengah dan ibubapa dan penjaga penerima sumbangan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.