Categories
SELANGOR

Abdul Rani sambut baik pelantikan Pesuruhjaya PAS Selangor baru

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 2 DIS : Keputusan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat melantik Iskandar Abdul Samad sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru disambut baik bekas penyandangnya, Dr Abdul Rani Osman.

Abdul Rani menyifatkan Iskandar adalah pilihan terbaik untuk menggantikan dirinya kerana mempunyai kaliber yang tinggi sebagai pemimpin.

DR.RANI OSMAN PICKatanya, permohonan untuk menggantikan dirinya sebagai Pesuruhjaya PAS dinyatakan dalam satu surat kepada Presiden PAS sebulan lalu, apabila Abdul Rani secara sukarela meminta jawatannya diganti individu lain.

“Saya sangat gembira dan akan meraikan perkara ini di Meru. Saya sudah lama hantar surat kepada Presiden berhubung pertukaran jawatan ini. Saya sudah buat yang terbaik, ramai lagi yang lebih bagus dan perlu diberi peluang, tetapi saya tidak akan tinggalkan perjuangan.

“Sesiapa sahaja (pesuruhjaya baru) saya tidak kisah kerana saya akan bantu mereka. Saya tidak kejar jawatan,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap Iskandar untuk memikul tanggungjawab baru itu dan berjanji akan membantu sebaik mungkin.

“Saya adalah orang yang tidak pandai berucap, jadi lebih elok serahkan jawatan ini kepada orang muda. Iskandar boleh lakukan dan saya akan bantu,” katanya.

iskandarSementara itu, Iskandar ketika ditemui berkata, beliau hanya dimaklumkan berkenaan pelantikan itu melalui panggilan telefon daripada Setiausaha Politik Presiden PAS, awal pagi tadi.

Katanya, beliau perlu menunggu surat rasmi daripada pimpinan tertinggi parti itu sebelum dapat mengesahkan perkara berkenaan.

“Harapan saya adalah pesuruhjaya yang dilantik meneruskan kecemerlangan PAS Selangor dan kukuhkan hubungan serta kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Saya baru dapat panggilan telefon pagi tadi daripada Setiausaha Politik Presiden, sebelum ini melalui ‘whatsapp’ sahaja tetapi tidak percaya. Kena tunggu surat baru boleh sahkan dan mungkin tiba hujung minggu kerana banyak pelantikan perlu dilakukan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.