Categories
NASIONAL

Kerajaan Pusat perlu serius bela nasib pekerja

Oleh : Naeem Raffi

PUTRAJAYA 13 DIS : Kerajaan Pusat sewajarnya memberi perhatian serius nasib pekerja dan bukannya berpihak kepada majikan semata-mata.

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan, berkata , Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan terus menganjurkan piket sekiranya Kerajaan Pusat masih bersikap acuh tidak acuh dengan masalah yang sekian lama membelenggu pekerja di negara ini.

DSC_0189a“Suara kami tidak diberi perhatian walaupun pelbagai usaha dan surat diberikan namun kementerian tetap dengan sikap berdiam diri. Sebab itu kami memilih jalan untuk berpiket sebagai mesej bahawa usaha kami tidak pernah padam dalam mempertahankan hak pekerja.

“Kita hormat Menteri (Richard), kita juga tahu beliau baru memegang jawatan ini. Jadi kita berharap beliau dapat mengambil satu langkah postif bagi menyelesaikan semua masalah berbangkit ini.

Khalid berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri piket MTUC di hadapan pintu masuk Kementerian Sumber Manusia di sini semalam.

Kira-kira 500 orang yang terdiri daripada pekerja dan gabungan MTUC berpiket sebagai respon terhadap keengganan KSM memberi pembelaan ke atas aduan pekerja.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak MTUC, Abdul Razak Md Hassan dan Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu, Syed Shahir Syed Mohamud.

Antara perkara yang diketengahkan untuk diberi perhatian adalah isu pelaksanaan Gaji Minima Kebangsaan tanpa diskriminasi dan umur bersara swasta 60 tahun tanpa pengecualian serta pemberhentian semua tindakan ‘outsourcing’.

“Kita desak kementerian (KSM) supaya pelaksanaan penguatkuasaan umur pesaraan dan gaji minima tidak lagi ditunda. Sekirannya ia terus berlaku, kita tidak teragak-agak untuk terus menganjurkan demonstrasi.

“Kementerian juga harus mempertimbangkan asas bagaimana pelaksanaan gaji minima RM900 sebulan itu dipraktikan. Ini kerana pihak kami menerima banyak aduan pekerja dimana majikan masukan semua elaun dimasukkan dalam gaji supaya gaji RM900,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.