Categories
NASIONAL

Khalid : Lebih baik Najib buang semua menteri, ganti dengan Rosmah

Oleh : Norhayati Umor

SHAH ALAM 9 DIS : Tindakan pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung jasanya seolah-olah mempersetujui Rosmah untuk terus mendapat ‘lesen besar’ untuk menggunakan duit atau kemudahan kerajaan dengan skala yang lebih besar.

Pujian terbabit juga dilihat sebagai menangkis kecaman kepada Rosmah yang menggunakan jet eksekutif ke Qatar, baru-baru ini.

khalid samad 3Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata seharusnya pemimpin atau ahli Umno boleh bertindak menegur tindakan Rosmah itu dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) minggu lalu.

Namun, katanya, sudah menjadi amalan dalam ahli Umno yang bersifat ‘mengampu’ seterusnya mengiyakan perkara yang berlaku.

“Itu yang menjadi masalah dalam Umno ini semua pengampu, walaupun sudah jelas isu itu tetapi masih lagi mahu sokong, dalam PAU sepatutnya beliau (Rosmah) ditegur tapi semua hanya mengiyakan sahaja, ini menjadi masalah kalau ada pemimpin begitu dan pengikut pun begitu.

“Tidak salah jika mereka menegur tetapi bagi saya budaya ini akan berterusan dan jika harapkan teguran pembetulan dilakukan ia tidak akan berlaku kerana budaya politik dalam Umno memang tidak akan berlaku,” katanya ketika di hubungi Selangor Kini, di sini.

Rosmah-Private-Jet-300x202Khalid turut menyifatkan pujian Najib terhadap dua jasa Rosmah dalam mengendalikan urusan luar negara itu memberi gambaran bahawa Menteri yang terbabit tidak mampu menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rosmah perlu lakukan kerja-kerja itu bagi pihak menteri.

“Tindakan Rosmah membantu membebaskan seorang pelajar dari tahanan pihak berkuasa Mesir, seolah-olah kedutaan dan menteri tidak mempunyai kemampuan tanpa campur tangan Rosmah.

“Jadi lebih baik Najib buang semua Menteri dan gantikan dengan Rosmah jika beliau sememangnya mempunyai kemampuan luar biasa yang tidak mampu dilaksanakan oleh menteri,” katanya.

Beliau berpendapat pujian untuk mempertahankan Rosmah itu sebenarnya menempelak menteri-menterinya seolah-oleh tidak berupaya menjalankan tanggungjawab.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.